Wednesday, February 4, 2009

Mari Belajar

Hari ni aku mengajar tingkatan 2g kelas paling hujung.Kelas yang membuatkan guru2 semput melihatkan gelagat mereka yang malas belajar.Aku terpaksa jadi garang kalau tidak aku yang kena buli.Aku mengajar macam nak rak, tapi cuma beberapa ketul aje yang belajar.Ada yang tidur n ada yang termenung, ada yang berbual. Kalau dulu guru masuk kelas pelajar berdiri bagi salam,tapi tidak untuk pelajar sekarang.Guru masuk kelas dan arahkan pelajar supaya berdiri,kalau tak mereka takkan berdiri.nak berdiri malas,nak belajar lagilah malas.

Inilah pelajarku.......Disuruh keluarkan buku,mereka keluarkan buku.Diminta buat latihan,tidak mahu.Bosan...terus tidur.Dikejut,bangun kemudian tidur lagi.Kejut yg kat sini,yg kat belakang tidur,kejut yg kt belakang yg depan tidur..


3 pelajar kat depan ni aku aku paksa dia duduk depan.kalau duduk belakang memang tak belajar.Yang lain macam mesin potostat,salin soalan dan salin jawapan...

Aku kesian dengan ibu bapa mereka,bukannya orang senang.Anak2 datang sekolah menghabiskan masa sahaja.Guru beria2 mengajar,tapi mereka langsung tak memberi peluang dan ruang pada guru.sebagai manusia biasa kadang2 datang rasa kecewa dan berputus asa.Ya Allah Ikhlaskan hati ini......

4 comments:

SpEkmATaKu said...

mmg garang sunggoh
cikgu bekeng hihi
tp kdg2 bekeng tu kena sbb
doh kalu ajor bdk2 dok makan samang hehe

Anonymous said...

kalau bekeng kat kelas je x pe...
ni sampai bawak blk kat umah guana????

SpEkmATaKu said...

cam tahu jek anonymous nie
tp btol ke ek hoho..
[xbaik plak asumsi-asumsi nie =P]

GigiPalsu said...

tau tak pe...