Wednesday, July 1, 2009

Geramnye aku.......

Pagi tadi selepas bersarapan kat kantin aku bergegas ke toilet, sakit perut....
Banyak barang yang aku bawak untuk mengajar (compasses, protractor,pencil).Barang2 ni terpaksa cikgu bekalkan, jangan haraplah depa nak bawak. Ada tu pencil pun tak da..Abis tu cam na.
Cikgulah jugak yang jadi supplier.
"aikk cikgu sejak bila pulak berniaga alat tulis ni.."ada jugak pelajar yg memang x da insuran mulut,saje nak guraulah tu konon...
"kalau cikgu x bawak semua bebarang ni awak nak lukis guna ape?"punyelah baik cikgunye...

So,dari toilet aku teringat ada satu barang tertinggal dalam bilik guru,so aku letakkan semua barang tu termasuk PENCIL BOX DOREAMON (sbb dalam tu SEMUA ADA. Nak ape...calculator,gam,stapler,dawai kokot,marker pen,highlighter,gunting...Kalau pen,nak warna ape.berpuluh batang jumlahnye). Aku letak atas koridor. Bergegas ke bilik guru..x sampai 5 minit aku keluar n mintak tolong pelajar bawakkan.

Sampai kat kelas...Ehh..mana pencil box cikgu?Aku minta seorang pelajar tengok kat kantin n bilik guru kot2 tertinggal....tapi x da..

x puas hati aku sendiri pergi cari sbb aku x leh ngajar x de marker pen....pun x de...terpaksa pinjam kawan marker pen..

Mula2 tu aku pikir mungkin kawan2 terambik,pencil box sama (hadiah kelab guru) tertukar maybe...tanya semua kawan2 semua x tau....

So pikir punye pikir aku buat conclusion pencil box aku DICURI pelajar.....TENSION betullah.
Sebelum ni kes hilang handphone je...baru minggu lepas sorang kawan ku hilang handphone....hilang sekelip mata sahaja. Dah berapa puluh handphone cikgu yang dicuri.....

Ari tu..bestfriend ku zakiah hilang duit yuran pelajar rm600.Terpaksa kena ganti
Sekolah sudah tidak selamat....Kes pelajar hilang pen,calculator itu pekara biasa.....
Tak sangka pula sanggup dicuri pencil box cikgunye...

MORAL OF THE STORY
Peranan ibubapa sangat penting utk mendidik anak2 agar jangan mengambil hak orang lain.Jangan memandang remeh pekara2 yang kecil pada pandangan kita tapi besar impaknye.
Contoh, kalau anak kita terjumpa duit, even 10 sen atau sebatang pencil .kita mesti melarang mereka mengambilnye.Berikan alasan kenapa.kerana berdosa.Jangan ambil barang kawan tanpa kebenaran, mencuri namanye...Itu yang selalu aku pesan kat anak2 aku..
kalau terambil pencil kawan aku minta mereka pulangkan,kerana tak berkat belajar nanti..

So kalau kita sudah didik anak2 kita, akan melahirkan masyarakat selamat......
TAK DE LAH PENCIL BOX KU KENA CURI.....

Tuesday, June 16, 2009

Hari pertama yang menensionkan.....

Langkah ku ke sekolah selepas 2 minggu cuti agak ,longlai...
Tak de mood betul..
Member semua bertanyakan soalan sama
"kak ju, sampai hari apa dari terengganu....?
Tension...tension..

Walaupun mood belum datang, sebagai guru kena cover line.......
Kuatkan semangat..
Masuk kelas 3 Bestari ,aku zikir banyak2...
untuk pulihkan mood aku.

Mengurut dada aku, melihatkan gelagat pelajar2 aku ni...
Rase nak menangis pun ade
Langsung tak nak belajar, tak bawak buku latihan,bercerita ....
Bila aku explain kat white board terpaksalah aku mencari mata2 yg sudi melihat apa yg aku ajar kat depan....
Dengan muka slamba...langsung x de perasaan
Itulah cabaran aku..
mengajar pelajar yg tak nak belajar..
seolah2 aku ni cuba nak menyuap, tapi mereka langsung tak mau bukak mulut..
macamana...

Yang paling menensionkan....
Mereka tak nak belajar, kita yang kena menjawab dgn pengetua/PK
kenape peratus merosot...
Kena bentangkan tindakan yg perlu dibuat..

Pening,pening......






Wednesday, June 10, 2009

Ujian Dari Allah......

Nampaknya terpaksalah kita cancel balik terengganu...kata suamiku.
Ape!!!!...hancur luluh hati aku bila mendengarnye.
Bayangkan cuti yang aku dah plan berbulan2 nak jumpa ma dan ayah terpaksa
dibatalkan.
Masih teringat lagi pada hari khamis balik dari kerja suami ku bercerita pasal kawannye yg terpaksa tundakan cuti kerana terpaksa gantikan kawannye yg cuti emergency.
Kesiannye...kataku.dapat bayangkan macamana frustnye family dia kataku.
So malam tu seperti biasa sbb esok nak balik we all pergi tuang minyak n beli ubat tahan muntah utk anak2 n susu for baby.Mulut ni gatal pulak nak makan burger so aku ajak beli burger.
Disinilah cerita bermula.Dah dapat burger, suamiku stat engine, x idup.Jam dah pukul 9.30mlm.
Abiss bateri ni ...kate suamiku.Dia tinggalkan aku n anak2 utk cari bateri.
Setengah jam dia balik cakap semua kedai dah tutup.Dah gelabah.Camana ni..
Suami aku call abang iparnye yang datang n try buat jump bateri.Bila dia jump berasap kereta.Laa..apa dah jadi.Rupe2nye luncai baiki labu ni. Husband ku dah tension n masa tu barulah dia teringat no Toyota n dia terus call.Tow truck datang n bawa kete ku ke toyota service di Larkin.
So Jumaat pagi2 lagi kau dah g Larkin nak ambik keta.Beg semua dah siap, anak2 pun dah ready nak balik kampung.Sampai sana aku diberitahu disebb kan buat jump bateri banyak part yg rosak n spare partnye x da.Kena order KL.Paling cepat keta boleh siap ari selasa.
HAA...SELASA...nak pitam aku dengar.Macamana ni...Cuti suami sampai rabu je...
Ya Allah.....kenapa ini semua terjadi...
Kesiannye anak2 aku kat umah yang tak sabar nak balik.Dari mula cuti dah hitung hari nak balik umah tok ma.
Macamana....nak cakap kat ma..x jadi balik...x sampai hati rasenye..
Dah lah balik cuma 3 x setahun...
Aku hilang kata2, rase macam nak meraung je...
Anak2 kat umah asyik call je..lambat lagi ke nak balik umah tok ma..
Setelah didesak suami, aku call ma aku
Terkejut betul dia,mungkin ada hikmah lah tu...kata ma aku..
Aku tau ma aku sedih
Adik aku sms cakap ma aku sedih sampai menangis...Lauk pauk semua dah dibeli,penuh dalam peti ais.
Bila baca sms tu, aku menangis..
Sampai umah anak2 ku tanye pasal mata ibu merah..ibu nangis ehhh...
Bila tahu x jadi balik kampung,frust diorang sibuk ajak balik jugak.macam2 idea diberi
Kesiannye....anak2 aku
Mood aku terus hilang.Lepas sembahyang jumaat aku ajak suami g round kat pusat bandar.
Makan kat kedai sbb mood masak dah hilang.
Sabtu aku ajak suami balik kampungnye kat kulai, bersihkan rumah n ziarah kubur.
Ahad aku ajak suami g jusco tebrau cuci2 mata.
sepanjang 2 hari aku x masak.Hati ku masih rawan.
Isnin aku buat tahi mata.Suami kerja (cancel cuti)
Selasa pergi pusat servis nak ambik keta,tapi masih x siap.
Janji ngan anak2 nak g melaka, cancel lagi
Rabu, keta siap tupun dalam pukul 10pg.Pukul 12 bertolak ke Melaka dah janji nak g water world.Budak2 sempat mandi 2 jam je sbb sampai dah lewat pukul 3.
Happy betul anak2 ku mandi...
Tapi hati aku masih sedih kerana tak dapat menatap wajah ayah bonda,
Terpaksa tunggu raye,tu pun tak tau suamiku dapat cuti berapa hari..
Dalam perjalanan balik aku bertanya soalan2 merapu pada husband..
Pasallah kerajaan x bina highway dari johor ke trg...kalau x boleh balik selalu, x de lah sampai 10,12 jam travel.
Kenapelah Cik Wan (bos suami aku) x cancel cuti dia.Kan best boleh abang sambung cuti...
Aku tau suami aku bosan melayan pertanyaan merapu aku...Biarlah..

Suami aku cakap Allah merancang, manusia merancang tapi perancangan Allah adalah yang terbaik....
Aku akur , betul cakap nya...
TAPI.....aku nak balik kampung.....
member2 semua sedang bergembira bercuti dikampung masing2...jelesnye
macam budak2 pulak..memang pun....nak balik kampung......

Sunday, May 31, 2009

Balik Kampung oooo balik kampung

Anak2 sibuk bertanya balik rumah tok ma tak cuti ni. Masing2 dah tak sabar nak balik umah tok ma diaorang. Bila ku kata mungkin balik lambat sikit, masing2 cakap alaaaaaaaah......

Macam tu lah aku tiap2 kali cuti, sebab sentiasa terlibat dengan kelas tambahan. Muka aku memang muka kelas tambahan. Kali ni kelas tambahan bermula hari isnin sampai rabu. aku pulak dilantik sebagai penyelaras kelas tambahan.

Suami pulak terikat dengan kerja and cuti kena bagi2 ngan kawan. So nampaknye tak dapat balik lama lah kali ni. Tak palah asalkan dapat balik.

Perjalanan dari pasir gudang ke kuala terengganu mengambil masa antara 10 - 12 jam, mengikut keadaan. Kalau anak2 x buat hal bolehlah sampai 10 jam. Naik kematu punggung. Biasanye kami gilir2 drive.



Menziarahi orang tua ini merupakan satu ibadat. Tiga pandangan yang mendapat pahala adalah memandang kaabah, memandang Al quran dan memandang ibubapa. So marilah kita berpakat balik kampung ziarah orang tua kita.

Insyaalah kami akan balik kampung hari jumaat 5 jun dan balik pada 10 jun. Doakan perjalanan kami selamat...

Wednesday, May 20, 2009

Ape ni....

Ini Nur Khadeeja.
Umur 7 tahun
Anak ke 3 dari 5 adik beradik

Ini pencil box Khadeeja. Dah lusuh, beli masa masih di tadika




Ini pula isi perut pencil box tu.
Mengucap panjang aku. Dah lame x check.Esok nak exam, tulah aku check ,tgok ape2 yg kurang
Ape ni Jah....macam tong sampah.Habuk pencil pun ade...
Jah jawab"ye lah bu....kalau jah buang atas lantai ibu marah. Tulah jah kumpul dalam pencil box.
Segala sampah ada, kapur tulis, getah, pemadam yg dah hancur, kertas tanda harge
Jah.....jah..



Hari guru

Khadeeja beria2 nak bagi hadiah kat cikgu sains dia. Setahu aku dia x suka kat cikgu
sains sebab garang. Pernah sekali, dia ponteng sbb latihan sains dia x sempat nak salin.
Aku cakap, kalau x sempat tulis jah pinjam buku kawan lah.
Sambil nangis dia cakap, kawan x bagi pinjam.
Esok memang betul dia ponteng.

"Pasal pulak jah nak bagi hadiah kat cikgu juariyah?kata garang, jah x suka cikgu tu"
Saje nak tau apa alasannye.
Tak pe lah bu..Kalau jah bagi hadiah kat cikgu juariyah, nanti dia sayang jah.
Dia tak garang lagi dgan jah.

Itulah Nur Khadeja...

Friday, May 15, 2009

Terima Kasih Cikgu.....


Ingin ku imbau zaman persekolahan.
Bagi aku zaman persekolahan adalah merupakan saat yg paling indah dalam hidupku.
Heppy saje.....
Semuanye masih jelas diingatan


Memulakan persekolahan darjah 1 tahun 1979.
Cikgu Harun, guru kelas aku. Orangnye dah berumur, kurus dan bercermin mata.Mengajar Bahasa Melayu. Kelas ku sebelah kantin. Masa tu nasik lemak 20sen harganye. Aku bawak 30 sen aje. 10 sen simpan.

Masa darjah 2, ade seorang cikgu .namenye pun cikgu Haron. Suka usik aku. Datang dekat buat2 nak peluk. Aku paling takut...Kalau waktu PJ dia akan ikut aku. Pernah aku lari sampai ke sungai.(sekolah aku tepi sungai).Cikgu tu...eeee..geli lah.Aku tension betul.

Mase darjah 5, guru bahasa Inggeris ku namanye Mohd Salleh. Tapi kami panggil dia Cikgu Mat Leh Katih. Garangnye tuhan je yg tahu. Silap tak letak noktah pun di tengkingnye......aku memang kecut perut..Tension habis. Pelajar lelaki memang kena balun...

Ustaz ramli, lembut orangnye.Ada tahi lalat atas bibir...ajar aku sembahyang

Masa Tingkatan 2, Cikgu Mohd Noor ajar aku pend seni. Dialah yang mengajar aku mengayam ketupat sampai pandai. Setiap kali aku anyam ketupat aku teringatkan cikgu aku tu.

Masa Tingkatan 2, Ustaz ramli mengajar aku.setiap kali mandi niatkan mandi sunat agar mandi kita itu dapat pahala. Sampai sekarang aku amalkan.

Masa Tingkatan 4, Cikgu Rohaida, guru baru. Baru balik dari oversea.Ajar BI. Orangnye cantik. Pelajar lelaki kelas aku cukup suka dgn cikgu Rohaida. Masih terbau-bau perfume yang dipakainye. Cukup wangi. Dulu lupa nak tanye cikgu pakai perfume ape. Dia kahwin dgn mat salleh kanada.

Masa Tingkatan 4 dan 5, Cikgu...pelik eh aku tak tahu namanye apa. Tapi kami panggil dia cikgu bapak, sebab dia orang indonesia... Ajar kami Matematik Tambahan. Garangnye ya allah...Kalau menengking satu sekolah boleh dengar.Setiap kali ada mate.Tambahan membuatkan aku nak demam.

Cikgu Ungku Ubaidillah, Cikgu Bm tetapi suka cakap pasal sperma, yg membuatkan aku selalu protes. Tak ada kaitan....

Cikgu Kamariah, guru Bm. Lembut orang nye. Waktu Bm aku lah orang yang akan disuruh baca petikan. Masih aku ingat dia nasihatkan aku kalau nak cari suami jangan cari yg merokok. Aku begitu ralat, masa last day Form 5 tak sempat nak ucap terima kasih pada dia sebb masa tu aku terlalu sedih.


Untuk semua guru-guru ku, TERIMA KASIH CIKGU......semoga cikgu dipanjangkan umur, di berkati hidup. Kalau bukan kerana cikgu, tidak saya berada disini...

Untuk semua rakan2 guru SELAMAT HARI GURU

TANPAMU GURU SIAPALAH AKU........

Saturday, April 25, 2009

Cerita Cik Silah dan pak cik teksi

Cik silah adikku yg mengajar kat segamat call, nak turun pasir gudang. Tapi problem dia, susah nak dapatkan teksi. Kawannya yg berkereta semua balik kampung.Aku cakap apa susah ,call je teksi .

So dia pun call lah pakcik teksi ni. On the way nak gi stesen bas dia mintak pakcik teksi berhenti kat stesen minyak, nak keluar duit. Baru dapat gaji.....semasa dalam teksi pakcik tu ceritalah macamana susahnye dia cari makan dgn bawak teksi. Berhari2 tak balik rumah. Adikku ini berkata dalam hati mesti dia charge mahal ni. Sbb teksi kat segamat mahal. Ari tu katenye g pasar malam yang jaraknye dekat je kat sekolah RM 15, kalau mintak singgah mana2 tambah charge Rm 2.

Adikku agak ni mesti dia charge RM30 kot. Sampai kat stesen bas dia tanye pakcik teksi tu berapa harga.Pakcik tu cakap 5. Adikku pun bagi note 50. Pakcik tu tanye pasal besar sangat duit. Adikku tanye berapa sebenarnye. Pakcik tu jawab Rm5.

Adikku benar2 teruja. Secara spontan dia cakap tak pe lah pakcik, KEEP THE CHANGE.

Mase cik silah cerita kat aku dalam kereta masa aku g ambik dia kat stesen bas Larkin, secara spontan keluar dari mulut ku HAAAAA.......MUNG BERI 50 RINGGIT KAT PAK CIK TEKSI TUU.......(tu adalah kata2 yg keluar secara spontan dari mulut seorang kakak yg imannye dah makin nipis)

Ini jawapan dari adikku....TAK PE LAH....NIAT SEDEKAH.ARI NI AMBE DAH SEDEKAH 50 RINGGIT. ......(baik adik aku ni......untung ma dapat anak yg baik macam silah)

Dalam hati astargfirullah....ape lah aku ni .betul cakap silah tu.Nak bagi RM50 kat orang pun sayang.Kan Allah dah janji apa yg kita sedekahkan akan dibalas 10 kali. Sebenarnye apa yg kita sedekahkan itulah simpanan kita yg sebenarnye.Yg kat dalam bank tu...kalau kita mati, tak bawak pun. Yg tinggal kat dunia ni yg berebut nak kan duit kita...Kita kat kubur tak bawak ape2.

Suami ku mencelah, "Apalah amalan pakcik tu ye .....sampai Allah bagi rezeki kat dia tak semena2 dapat RM50 dari cik silah. Tu..mesti balasan 10 kali kebaikan yg dia buat. Nampak tak macamana Allah gerakkan hati mung untuk bagi pakcik tu . Tindakan secara reflek(secara spontan)...."

Seperti yang telah dijanjikan hari tu cik silah belanja kami kat KFC. Itu memang niatnye nak belanja bila dapat first gaji katenye.


TERIMA KASIH CIK SILAH. Ari ni aje dah lebih seratus cik silah bersedekah. Semoga cik silah dimurahkan rezeki.

Hari ahad kami sekeluarga antar cik silah n keta barunye ke segamat.Malam tu dia sms kat aku pakcik teksi tu call dia bertanyekan dah sampai belum dari pasir gudang...hehe...

Semoga cik silah heppi dgn keta baru.....