Saturday, April 25, 2009

Cerita Cik Silah dan pak cik teksi

Cik silah adikku yg mengajar kat segamat call, nak turun pasir gudang. Tapi problem dia, susah nak dapatkan teksi. Kawannya yg berkereta semua balik kampung.Aku cakap apa susah ,call je teksi .

So dia pun call lah pakcik teksi ni. On the way nak gi stesen bas dia mintak pakcik teksi berhenti kat stesen minyak, nak keluar duit. Baru dapat gaji.....semasa dalam teksi pakcik tu ceritalah macamana susahnye dia cari makan dgn bawak teksi. Berhari2 tak balik rumah. Adikku ini berkata dalam hati mesti dia charge mahal ni. Sbb teksi kat segamat mahal. Ari tu katenye g pasar malam yang jaraknye dekat je kat sekolah RM 15, kalau mintak singgah mana2 tambah charge Rm 2.

Adikku agak ni mesti dia charge RM30 kot. Sampai kat stesen bas dia tanye pakcik teksi tu berapa harga.Pakcik tu cakap 5. Adikku pun bagi note 50. Pakcik tu tanye pasal besar sangat duit. Adikku tanye berapa sebenarnye. Pakcik tu jawab Rm5.

Adikku benar2 teruja. Secara spontan dia cakap tak pe lah pakcik, KEEP THE CHANGE.

Mase cik silah cerita kat aku dalam kereta masa aku g ambik dia kat stesen bas Larkin, secara spontan keluar dari mulut ku HAAAAA.......MUNG BERI 50 RINGGIT KAT PAK CIK TEKSI TUU.......(tu adalah kata2 yg keluar secara spontan dari mulut seorang kakak yg imannye dah makin nipis)

Ini jawapan dari adikku....TAK PE LAH....NIAT SEDEKAH.ARI NI AMBE DAH SEDEKAH 50 RINGGIT. ......(baik adik aku ni......untung ma dapat anak yg baik macam silah)

Dalam hati astargfirullah....ape lah aku ni .betul cakap silah tu.Nak bagi RM50 kat orang pun sayang.Kan Allah dah janji apa yg kita sedekahkan akan dibalas 10 kali. Sebenarnye apa yg kita sedekahkan itulah simpanan kita yg sebenarnye.Yg kat dalam bank tu...kalau kita mati, tak bawak pun. Yg tinggal kat dunia ni yg berebut nak kan duit kita...Kita kat kubur tak bawak ape2.

Suami ku mencelah, "Apalah amalan pakcik tu ye .....sampai Allah bagi rezeki kat dia tak semena2 dapat RM50 dari cik silah. Tu..mesti balasan 10 kali kebaikan yg dia buat. Nampak tak macamana Allah gerakkan hati mung untuk bagi pakcik tu . Tindakan secara reflek(secara spontan)...."

Seperti yang telah dijanjikan hari tu cik silah belanja kami kat KFC. Itu memang niatnye nak belanja bila dapat first gaji katenye.


TERIMA KASIH CIK SILAH. Ari ni aje dah lebih seratus cik silah bersedekah. Semoga cik silah dimurahkan rezeki.

Hari ahad kami sekeluarga antar cik silah n keta barunye ke segamat.Malam tu dia sms kat aku pakcik teksi tu call dia bertanyekan dah sampai belum dari pasir gudang...hehe...

Semoga cik silah heppi dgn keta baru.....

Friday, April 24, 2009

Air mata seorang guru

Hari ini hari jumaat 24/4/09 kami guru2 digemparkan berita kematian salah seorang anak murid kami. Terperanjat betul aku. Macam tak percaya. Pelajar tersebut adalah bekas anak muridku tahun lepas. Accident kat depan sek dato' penggawa.Hancur muka dan kaki.

Masih ku ingat ketika aku mengajar arwah di ting 3 tahun lepas. Aku selalu marahkan arwah kerana arwah malas belajar. Selalu aku nasihatkan arwah dan kawan2nye supaya rajin belajar dan jangan tinggalkan sembahyang kerana mati itu kita tak tahu bila datangnye. Walaupun aku selalu membebel, arwah tak pernah berlaku kurang ajar dengan aku.Cuma setakat nakal budak dan menjawab setiap ape yg aku cakap.

Teringat satu peristiwa ketika aku menceritakan bagaimana anakku dimarahi gurunya kerana tidak membawa buku latihan.Anakku memberitahu bukunya dipinjam kawan dan kawannya lupa bawak.Guru anakku tak nak terima alasan tu...Ku ceritakan kisah ini pada arwah dan kawan2nye.
Arwah menjawab"tahu pun cikgu apa perasaan kami bila kami cakap cikgu tak percaya...
Lepas tu aku tanye arwah"pernah ke cikgu buat camtu..Dia jawab"bukan cikgu,cikgu lain....
Kata2 arwah membuatkan ku terpikir sejenak, da betulnye..

Tak sangka pula, begitu cepat arwah dipanggilNYA.......Allah lebih menyayanginya...Meninggal pun hari jumaat.

Semasa majlis tahlil ditapak perhimpunan aku tidak dapat menahan kesedihan. Setitik demi setitik air mataku jatuh tanpa dapat ditahan-tahan.

Hati seorang guru....ada tersimpan perasaan sayang,walaupun selalu memarahi pelajarnya.

Tadi semasa aku pergi kekantin terbayang2 wajah arwah yg selalu tersengih bila terserempak denganku sambil menyapa"Sihat cikgu? Dah lama tak nampak cikgu. Last arwah tegur aku 2 minggu lepas semasa aku keluar dari kantin..

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

Friday, April 17, 2009

Ular masuk kelas

Hari ini hari jumaat.Seperti biasa diadakan tazkirah bermula 7.30 - 8.10.
Aku memulakan tugas mengajar kelas 3E kelas yg paling aku tension. Bayangkan setiap kali masuk kelas macam tong sampah. Terpaksalah aku memaksakan pelajar pompuan cari penyapu. Penyapu satu hal.Susah utk ditemui. Awal tahun telah dibekalkan penyapu dan sodok utk setiap kelas. Tapi biasalah, tak tahan 2 minggu habis dikaratenye. Terpaksalah guru kelas beli baru, tapi pun same akan dikarate jugak. Tak tahulah spesis ape. So pelajar pompuan ni melilaulah keliling satu sekolah cari penyapu, kalau nasib tak baik makan masa 20 minit. Dan aku pulak,pantang mengajar kalau kelas ada sampah, meja mesti diluruskan tak mau bengkang bengkok. Tak selesa pemandangan.

Kelas dah bersih, sekarang nak tenangkan budak2 ni pun satu masalah besar. Nak suruh dia orang duduk pun dah makan mase. Setiapkali aku masuk kelas, aku akan memikirkan berbagai strategi utk mengajar dengan berkesan. Inilah yg dinamakan kajian tindakan.Buat refleksi. Buat mase ini cara yg terbaik adalah menempatkan pelajar yg nak belajar kat depan. Pelajar yg tak nak belajar kat belakang. So aku fokus pelajar yg memang nak belajar dan ada potensi. Pelajar yg belakang, aku minta diaorg jgn bising n salin je latihan itu dah memadai.

Sebelum ini aku cuba utk bagi perhatian pada semua pelajar, tapi tak jalan. Bayangkan kita mengajar kat depan, mereka bising dan bercakap.Suruh diaorg diam n salin. Tunggu kat sebelah suruh salin.Yang sini salin, yg kat sane pulak bercakap, yg nak belajar bosan tengok cikgu sekejap ngajar, sekejap marah pelajar, sekejap kekanan, kekiri, belakang.Kita pusing depan dia mula bercakap. Silibus tak abis. So pikir punye pikir, lantak engkaulah tak nak belajar sudah. Kalau ikutkan nanti yg dikejar tak dapat yg dikendung keciciran. Baik aku fokus pada yang nak belajar.

Pelajar cina yg malas2 tapi boleh dibantu terpaksalah aku pujuk.Anak sendiri pun tak pernah dipujuk. Aku pujuk diaorag duduk depan, bagi diorg merit, puji sikit.Pelajar cina memang pandai math.

Pagi ini aku cuba kuatkan semangat utk mengajar .Sedang aku mengajar ,kat belakang aku tengok gelagat sorang pelajar lelaki melayu mengusik pelajar perempuan.Aku perasan mcm pelajar tu bawa something,mcm ular. Aku pun tanye dia, awak bawak ular kesekolah eh? mati-mati dia tak ngaku. Aku tanye kat budak pompuan tu, si budak pompuan yg 2 x 5 tu jawab bukan ularlah, cikgu. Kertas je. Aku terus ngajar. Aku dengar kecoh lagi kat belakang. So ape lagi.Aku memang hot dari tadi lagi. Aku pun selongkar meja dan beg dia. Ada sekor ular plastik dalam beg dia.Apalagi mengamuk aku kat budak tu, aku warning kat dia aku akan adukan kat guru disiplin.

Dah settle hal ular , aku sambung ngajar. Tiba2 aku terbau nasi lemak. Aku pun tanya kat diorg.Sape yg makan dalam kelas ni? Ada pelajar jawab, Amir cikgu. Aku pun pergi ke meja dia. Mati2 x ngaku makan.Padahal bau sambal bukan main kuat lagi.Aku selongkar dalam beg tak da. Tengok dalam meja tak da.So aku pun cuba nak terbalik kan meja dia. Cepat2 dia cakap.Jangan cikgu, nanti tumpah. Rupa2 nye dia sorokkan di balik buku.

Tension betullah melayan budak2 ni.Ngajarnye sikit aje,melayan kerenah diaorg je yg lebih.
Kebetulan mase aku marah budak tu pengetua lalu so aku bagi ular plastik tu kat pengetua.Pengetua aku ni berjiwa kaunselor, dia cuma bagi nasihat kat pelajar tu. N then aku dengar mak cik cleaner menjerit mengatakan ada ular kat pokok selepas waktu rehat. Rupa2 nye pengetua letak ular plastik tu kat atas pokok.