Friday, April 17, 2009

Ular masuk kelas

Hari ini hari jumaat.Seperti biasa diadakan tazkirah bermula 7.30 - 8.10.
Aku memulakan tugas mengajar kelas 3E kelas yg paling aku tension. Bayangkan setiap kali masuk kelas macam tong sampah. Terpaksalah aku memaksakan pelajar pompuan cari penyapu. Penyapu satu hal.Susah utk ditemui. Awal tahun telah dibekalkan penyapu dan sodok utk setiap kelas. Tapi biasalah, tak tahan 2 minggu habis dikaratenye. Terpaksalah guru kelas beli baru, tapi pun same akan dikarate jugak. Tak tahulah spesis ape. So pelajar pompuan ni melilaulah keliling satu sekolah cari penyapu, kalau nasib tak baik makan masa 20 minit. Dan aku pulak,pantang mengajar kalau kelas ada sampah, meja mesti diluruskan tak mau bengkang bengkok. Tak selesa pemandangan.

Kelas dah bersih, sekarang nak tenangkan budak2 ni pun satu masalah besar. Nak suruh dia orang duduk pun dah makan mase. Setiapkali aku masuk kelas, aku akan memikirkan berbagai strategi utk mengajar dengan berkesan. Inilah yg dinamakan kajian tindakan.Buat refleksi. Buat mase ini cara yg terbaik adalah menempatkan pelajar yg nak belajar kat depan. Pelajar yg tak nak belajar kat belakang. So aku fokus pelajar yg memang nak belajar dan ada potensi. Pelajar yg belakang, aku minta diaorg jgn bising n salin je latihan itu dah memadai.

Sebelum ini aku cuba utk bagi perhatian pada semua pelajar, tapi tak jalan. Bayangkan kita mengajar kat depan, mereka bising dan bercakap.Suruh diaorg diam n salin. Tunggu kat sebelah suruh salin.Yang sini salin, yg kat sane pulak bercakap, yg nak belajar bosan tengok cikgu sekejap ngajar, sekejap marah pelajar, sekejap kekanan, kekiri, belakang.Kita pusing depan dia mula bercakap. Silibus tak abis. So pikir punye pikir, lantak engkaulah tak nak belajar sudah. Kalau ikutkan nanti yg dikejar tak dapat yg dikendung keciciran. Baik aku fokus pada yang nak belajar.

Pelajar cina yg malas2 tapi boleh dibantu terpaksalah aku pujuk.Anak sendiri pun tak pernah dipujuk. Aku pujuk diaorag duduk depan, bagi diorg merit, puji sikit.Pelajar cina memang pandai math.

Pagi ini aku cuba kuatkan semangat utk mengajar .Sedang aku mengajar ,kat belakang aku tengok gelagat sorang pelajar lelaki melayu mengusik pelajar perempuan.Aku perasan mcm pelajar tu bawa something,mcm ular. Aku pun tanye dia, awak bawak ular kesekolah eh? mati-mati dia tak ngaku. Aku tanye kat budak pompuan tu, si budak pompuan yg 2 x 5 tu jawab bukan ularlah, cikgu. Kertas je. Aku terus ngajar. Aku dengar kecoh lagi kat belakang. So ape lagi.Aku memang hot dari tadi lagi. Aku pun selongkar meja dan beg dia. Ada sekor ular plastik dalam beg dia.Apalagi mengamuk aku kat budak tu, aku warning kat dia aku akan adukan kat guru disiplin.

Dah settle hal ular , aku sambung ngajar. Tiba2 aku terbau nasi lemak. Aku pun tanya kat diorg.Sape yg makan dalam kelas ni? Ada pelajar jawab, Amir cikgu. Aku pun pergi ke meja dia. Mati2 x ngaku makan.Padahal bau sambal bukan main kuat lagi.Aku selongkar dalam beg tak da. Tengok dalam meja tak da.So aku pun cuba nak terbalik kan meja dia. Cepat2 dia cakap.Jangan cikgu, nanti tumpah. Rupa2 nye dia sorokkan di balik buku.

Tension betullah melayan budak2 ni.Ngajarnye sikit aje,melayan kerenah diaorg je yg lebih.
Kebetulan mase aku marah budak tu pengetua lalu so aku bagi ular plastik tu kat pengetua.Pengetua aku ni berjiwa kaunselor, dia cuma bagi nasihat kat pelajar tu. N then aku dengar mak cik cleaner menjerit mengatakan ada ular kat pokok selepas waktu rehat. Rupa2 nye pengetua letak ular plastik tu kat atas pokok.

4 comments:

ain said...

adoiii...tensionnyaaa!!!!klu sy cikgu, lama dh give-up.

GigiPalsu said...

Mujur gak pengetua tu pandai buat lawak...
Hilang sikit tension...
Makcik Cleaner tu ok ke tak pengsan...
Buat2 tak tau je macam mr bean tu masa mengajar...hahahhaha

Anonymous said...

kelakar la pengetua tuh..

PenMerah said...

to ain..
memang tension...bile tengok time table ada 3E, mood akan terganggu ari tu.terpaksa kuatkan semangat...

to stu_comot
memang kelakar.Dia cakap kat akak nak bagi ular tu kat makmal sains.Perginye diletak atas pokok.Dlm meeting dia cakap "ular tu cantik n sesuai diletakkan atas pokok"