Tuesday, March 31, 2009

kembang hidung ku......

Dari semalam lagi aku telah berhempas pulas menghias bilik SPBT ku. Langsung tak ada masa senggang. Aku cuma rehat utk makan dalam 1 jam sambil borak2 ngan kekawan kat kantin. Lepas tu ngajar, free aje terus g bilik SPBT. Semalam juga aku angkut buku teks kat PPD, n then sampai kat sekolah aku terus sambung kat Bilik SPBT. Dan semalam juga aku marah kat pelajar ku (ahli kelab spbt) sbb aku mintak tolong diaorg bantu aku, baik2 follow kat belakang aku, toleh lagi sekali dah tak de. Tak pernah lagi aku marah kat depa ni.Aku sound dia org, sementara nak tunggu latihan hoki ape salahnye tolong cikgu sekejap . Sama2 lah bantu, cikgu dari pagi sampai petang dok kat bilik SPBT, nanti pukul 6 cikgu nak balik, nak masak.Jam dah pukul 5.Semalam juga gastrik aku datang.


Hari ni aku bangun 5.30 pagi, buat sarapan, sampai sekolah 7.30. Terus g bilik SPBT dgn dibantu seorg kawan sambung kerja2 menghias.Selesai juga akhirnye. Pemantau dari PPD datang pukul 11 pagi. Aku rehat cuma 20 minit utk makan. Hari ni banyak kelas.


Abis kelas pukul 1.50. Sembahyang n then sambung meeting pukul 2.30. Yg memotivasi kan aku bab2 meeting ni adalah makan. Tang tu yg best. Menu ari ni mee hoon tomyam ngan air bandung. Jadi boleh lah bermeeting dgn perut kenyang. Cikgu2 semuanye happy, kalu x da makan lain sikit moodnye, yealah lapar. Aku sebagai SU kurikulum , tugas ku catat minit.


Yang membuatkan hidungku KEMBANG, bila PK aku umumkan bilik SPBT mendapat tempat pertama sebagai bilik Berinformasi. Pengetua pun ucapkan tahniah. Time ni lah happy ending bagi cerita ku. Tahun lepas aku menduduki tempat ke 2. Aku suke,(happy) .....di mulakan dgn susah payah dan ketensionan tapi at last diakhiri dgn kejayaan. Tahun lepas dapat hadiah jam dinding, yg harga Rm 4. Nilai hadiah tak penting bagi ku, yang penting appreciation.


Aku abis meeting pukul 5.30 n yg happynye , bnyak mee hoon tomyam yg x abis. So aku angkut semua bawak balik .Jadi taklah tension aku nak masak cepat2. Makan tomyam dulu, malam2 sikit baru masak .

5 comments:

ain said...

tahniah cikgu! bukan senang tau nak solek library ni. mesti cantik dan kondusif. Tahniah lg...

GigiPalsu said...

Tahniah Ibu...
Memang seronok dapat appreciation hasil dari kerja kita...
Dari A'bang, A'mad, A'man, E'jah, A'bby, B'Cop dan A'tok...

PenMerah said...

to ain
terima kasih. Tu la ain kadang2 cikgu ni di sibukkan dgn keja2 cam ni lah. Banyak penarafan yg nak di buat.Mcm2 pertandingan. Cikgu tak boleh nak fokus pada pengajaran 100%.Tu tak termasuk rutin harian uruskan murid yuran,kedatangan, surat amaran n bla..bla..
tapi,saya happy dgn dunia guru.Tension...n then happy ending bila satu2 task yg di beri dpt kita atasi.Next saya ada kajian tindakan pulak..

SpEkmATaKu said...

tahniah..rase bess kn bila kite buat sumthin ada org appreciate n tahu we did sumthin hehe

ima said...

tahniah cikgu...semoga dengan appreciation ini memberikan semangat untuk bekerja lebih kuat lagi...