Thursday, March 5, 2009

Kami kena marah..


Itulah yang berlaku dan merupakan 'Hari Ini Dalam Sejarah'.Ceritanye macam ni, selepas tamat sesi persekolahan iaitu pada pukul 2.15 petang telah diadakan taklimat pengurusan Bilik2 Khas di bilik mesyuarat.Taklimat diberi oleh PK kemudian kerana ada hal terpaksa keluar awal dan disambung oleh guru media(cuma melibatkan kekawan kerana pengetua dan PK2 tak da).So apabila guru media cakap"ok rasenye dah tak ade ape-ape lagi".So we all pun mulalah angkat punggung,yelah kalau taklimat tak perlulah adalah agenda penangguhan.Tiba2 ,entah angin ape,kawan kite yg baru bergelar guru kanan dengan suara menengking"cikgu2,taklimat belum tamat,jangan ada yang keluar, balik ketempat masing2.hormat sikit dengan majlis! ".Matanye dijegil macam nak terkeluar dengan isyarat tangan sekali.Sebijik macam dia tengking pelajar yang tak buat latihan or bising.Kami saling pandang memandang.Entah ape kena dia ni.Kawan sebelah aku berbisik,itu lah org gila kuasa namanye.Kawan ku yg sorang lagi berbisik, tak boleh ke cakap elok2, ingat kita ni siape nak di tengking2.PK kami yg terkenal dengan ketegasannya walaupun dia nak marah macam mane pun masih mampu mengawal emosinye.Dalam hati aku, kalau dia ni naik jadi PK ,hai....tensionlah cikgu cikgi.Padahal dulu sebelum jadi guru kanan,tak macam tu lagaknye.....
Moral of the story,manusia cepat berubah apabila di kurniakan pangkat, kemewahan.Mereka lupa yang satu mase dulu mereka pernah susah n pernah tension apabila berhadapan dengan ketua yg begitu cerewet n tak boleh bertolak ansur.Sepatutnye apabila kita pernah merasa susah n tension dulu dan sekarang sudah ada pangkat sikit,jgnlah buat org lain tension dgn kita pulak.
Jagalah hati sesama kita kerana kita bekerja bersama-sama di bawah satu bumbung. Kita perlukan bantuan kawan2 kita.Lidah itu lebih tajam dari pedang.Sekali terguris,susah nak sembuh...Moga Allah jauhkan sifat2 mazmudah dari diri aku.Moga diampunkan dosa ku,dan diampunkan juga dosa kawan ku itu.

5 comments:

ain said...

tu lah sifat manusia cikgu. Bila dh memandang ke langit..lupa rumput dibumi. Ekh..betul ke bidalan saya ni..???hihi

ima said...

begitulah lumrah manusia cikgu...sabar jelah...

GigiPalsu said...

Tu la kekadang tu bila kita marahkan budak2... kita pun terlepas pandang samada mereka bersalah atau tidak... dan sebagai kifarah atas kesalahan kita maka kita pulak kena marah...
But think positif ok...

SHARIFAH ASIAH said...

sikap manusia tak sama. Sekarang dia dah jadi ketua di sekolah tu. Perubahan sikap yang dilakukan tu adalah lumrah. Dia adalah pengganti Ketua Jabatan selepas pengetua. Apa-apa pun cuba cari kehebatan yang ada padanya, jangan hanya pandang lemahnya. Saya pun seorang senior asst. Kadang-kadang terasa nak serah balik jawatan tu.. Menjadi guru biasa dan pk sangat banyak bezanya. Keadaan memang mendesak untuk kita jd sebegitu.. Apa-apa pun mungkin pengalamannya masih baru.. Hingga kini saya masih pegang konsep 'Saya yang menurut perintah' apabila berada di tempat kerja, tapi kaulah sahabatku apabila berada di luar.. Cabaran menjadi pentadbir hari ni sangat menyeksakan..

maza said...

Kekadang kenaikan pangkat menyebabkan bertambahnya tekanan!

Pabila sesetengah tekanan baru dengan pengalaman baru dan masih baru....seorag ketua itu masih tidak dapat membiasakan diri dan mengawal emosi..selain rasa ghairah!

hmm

Kekadang masa juga memainkan faktor penting, lalu dapat membiasakan seseorang itu dgn jawatannya...

bagi chance lah kot!

hehehhe