Friday, February 20, 2009

2 teachers quit...

Dengan bilangan pelajar 1 ribu sekolah ku memerlukan 60 orang guru. Malangnye sekarng guru cuma ada 47 org. So banyak kelas x ada guru. Jadi kami2 ini lah yang terpaksa masuk kelas,ganti (relief).Cikgu2 memang bengang kalau dapat relief ni. Ye lah ,kita dah ade jadual sendiri, terpaksa tambah dengan jadual orang lain.Tu bengang tu. X da masa nak melepaskan penat.
2 minggu lepas sekolah menerima ramai guru sandaran,10 orang lebih. Cikgu2 semua tersenyum lebar, yea lah no more relief class. Aku tengok cikgu sandaran ni semput semacam je.Banyak kerja yang kena buat. Bukan setakat ngajar aje,pengurusan data murid n markah pelajar n pengurusan disiplin pelajar n pengurusan kelas n surat menyurat (surat amaran disiplin).
Berita yang kuterima 2 orang guru sandaran berhenti, seorang selepas 2 hari kerja yang sorang lagi kalau x silap 4 hari kerja. Alasan ,tak tahan dengan kerenah murid n bebanan tugas yang melambak. Siapa yang masuk alam perguruan sahaja yang tahu penat lelah seorang guru. Masayarakat luar masih dengan tanggapan kolot berdasarkan pengalaman mereka dulu. Dunia dah maju, zaman dan berubah, pelajar dah tak menghormati guru dan ibu bapa asyik menyalahkan guru. Mana tak pening.Kata penolong kanan sekolah ku,untuk menjadi guru perlukan ketahanan mental dan fizikal.
3 hari yang lepas, seorg ibubapa pelajar telah membuat report polis kerana seorang pelajar telah memaki hamun beliau kerana beliau menegur pelajar tersebut.Sikap hormat pada orang tua sudah hilang...Siapa yang harus di persalahkan. Wahai ibubapa diluar sana, bayangkan betapa sukar anda melayan kerenah anak2 yang cuma 2 or 3 org. Macamana kami seorang guru nak melayan kerenah 35 pelajar yg pelbagai kerenah dalam satu kelas. Mengajar pelajar yang hendak belajar sungguh mudah, tapi dunia dah berubah pelajar sudah tak minat belajar.Sungguh sukar hendak mengajar pelajar yang kurang ajar dan tak minat belajar.
Pelajar sekarang sudah hilang rasa hormat pada guru, sudah hilang minat untuk belajar.Rata2 mereka datang dari keluarga yang susah,yg tinggal di flat dan juga setinggan.Sembahyang langsung tak tahu.Kadang2 terpacul dari mulut cikgu "patutlah pelajar tu macam tu mak dia pun sebijik macam dia"(ada ibubapa islam yg datang kesekolah yang sekali pandang macam non muslim, bila dia bagi salam baru tahu ,oh....islam rupenye).Ye lah pakaian ngalahkan artis, manakan anak nye tak mengikut, mengalerkan rambut.
Kita sebagai ibubapa wajib memberi didikan agama kepada anak-anak agar mereka mempunyai ketahan terhadap pengaruh rakan sebaya.Agama itu sebagai pendinding.Sebagai contoh bekas pelajar aku.Aku juge pernah mengajar abangnye dan aku kenal dengan adik beradik dia yg lain dan juga dengan parent dia yg memang seorang muslim yg baik. Anak2 nye semua menyejukkan hati n anak murid ku itu pun baik budaknye.Sejuk hati cikgu.Tengoklah sape mak bapaknye. Aku tidak boleh melupekan seorg bekas ank murid ku seorang pelajar lelaki, cukup berbudi bahasa, senang cakap lelaki melayu terakhir, adik die lelaki juge pun same.Kagum betul aku dengan parent dia yg dapat mendidik anak dengan baik.Kalaulah semua parent macam tu amanlah dunia, senanglah kerja cikgu.........

6 comments:

ain said...

salam cikgu...thnx singgah blog saya. Ngajar kat men rinting 2 ke..?? Susah ekh jd cikgu sekrg ni. tensen memanjang.

MOHD. ADHA MOHD. ZAIN said...

Salam... Jemput add & exchange link my blog : www.myadha.com

SpEkmATaKu said...

reality menakutkn..tp tula reality
dan bukan sume mampu jd cikgu
n y btol2 layak je jd cikgu
cm eda ni hehe..tahniah2..

y pentin tugas murabbi penyambung tugas rasul,dpt pelajar se teruk mana pn,y pentin at d end kita dh jln kn tnggjwb n amanah kite..btol dok hihi..outcomes die nk buat cmne..

zaman dh berubah..zaman dh berubah..

PenMerah said...

To Ain
Terima kasih juga krn sudi singgah di blog saye yg baru berjinak2 dgn dunia bloggers.Klau x cuba nanti org cakap ketinggalan zaman pulak...Thanks.


To Adha
Terimakasih daun keladi.Ada masa singgah lagi


To Mirah
Kuatkan mental dan fizikal sebelum menceburi dunia perguruan yg penuh cabaran

PenMerah said...

To ain
Saye ngajar dekat2 rinting 2,jiran seberang jalan

SpEkmATaKu said...

baikkk hehe...
nnt ada org tuk mintak nasehat
ni bess dok dlm family cikgu
sir omar hehe..