Friday, February 20, 2009

Fuuh...Lega, sukan dah habis

Kejohanan olahraga atau hari sukan merupakan aktiviti wajib sekolah ,biasanye akan diadakan pada bulan 2.Bagi cikgu2 ia merupakan hari-hari yg memenatkan yg terpaksa dilalui. Bermula januari hingga febuari guru2 akan stay back sampai petang untuk melatih pelajar.Melayan kerenah pelajar yg perlu dipaksa untuk menyertai acara, melayan kerenah guru yg macam2 peel membuatkan kadang2 hati bengkak .Masa nilah dikalangan guru satu pasukan kita boleh lihat ada cikgu yg tak cukup tangan(biasanye pengurus pasukan),yg riba tangan(buat bodoh je...),yg cuci tangan(tunjuk muka pada hari sukan je), yg lepas tangan(sepatutnye jadi pengadil lorong tapi boleh lepak kat bawah khemah...).
Menjelang hari sukan, cikgu2 terpaksa menghias khemah.Mintak tolong pelajar(aku pergi dari kelas ke kelas cari pelajar,ramai yg sanggup).Yg muncul hanya beberapa orang.Terpaksalah aku n kekawan dibantu beberapa pelajar menghias khemah.Pukul 7 petang masih x siap, tapi terpaksa balik nanti bising my husband.(kebetulan suami ke Terengganu selama 3 hari n balik hari ni).Sampai rumah, suami cakap lapar ,anak2 pun sama.Biasanye aku siap masak pukul 5.30 balik dari sekolah.Ada bibik tak pandai masak.Aku cakap ngan suami ,makan kat kedai lah x larat nak masak.Ditambah lagi aku tension sangat2 kerana hari ni aku dah buat mistake n bila sedar dah last minute.Aku tersilap check medal untu kejohanan hari esok.Sepatutnya acara 4x200 tapi yg di order 4x400m, n aku org yg bertanggungjawab untuk double check ,entah pening makan apa x perasan kesilapan tersebut.Kawan aku yg tersedar,tu pun last minute,esok dah nak mula.Nasib baik PK KOKo aku sporting dia call supplier tu n mintak ditukar dan hantar kerumahnya malam tu jugak.Walaupun masalah dah settle, tapi aku tension sbb kesilapan yg x patut berlaku.Pengajaran buat ku
Malam tu suami ku order air kelapa.Apa lagi aku tumpang sekaki.Esok pagi hari sukan kaki n paha ku berat semacam macam baru lepas lari 100m.Ni mesti penangan air kelapa semalam.Kejohanan berjalan lancar n rumah pasukan kami,Keruing muncul sebagai juara.Acara tamat pukul 2 petang.Puuh... lega.
Hari sabtu 28.2 ni akan diadakan larian D'Alam sebagai penutup acara wajib KOKO.Hari tu..barulah betul2 lega.Tutup bab sukan,masuk pula bab kurikulum dengan kelas tambahan dan bermacam2 program bagi peningkatan akademik.
Itulah suka duka,pahit manis,warna warni kehidupan guru.Kalau x de pahit , hambarlah pulak..Seronok jadi cikgu ni...Biaselah tension tu...Disinilah tempat kuluahkan perasaan selain suamiku yg sentiasa menjadi pendengar yg setia....

Pengetua bersama Pegurus Kanan Seri Alam Properties dan YDP PIBG

Permandangan di khemah urusetia



3 comments:

SpEkmATaKu said...
This comment has been removed by the author.
SpEkmATaKu said...

wah mesti bess ari sukan hehe..
wlpn penat..biasa la buat mistake..
bukan kita mtk pon..

tp btol la kn..saketny ati bila org buat keje da y sekadar memandang n xjoin skali huhu~~xda perasaan ke ape..wat u give u get back..Allah tu adil..

tahniah umah eda menang

haha tula bibik eda tu tak all rounder la..kegi la org g tulun main msk2 hehe..

GigiPalsu said...

Memang kan, sakit hati kalau dalam kerja dunia ni org curi tulang... tapi tak pe rezeki tak berkat...

Biar kita susah sikit janji rezeki berkat...