Sunday, March 8, 2009

Muridku sayang.....

Ujian pertama dah selesai.Aku dah warning awal2 lagi kat pelajarku, sape yg tak lulus aku akan rotan. Sebabnye, they all tak serius belajar(bukan semuanye). Bila bagi exercise, diorang buat exercise sambil bersembang macam kat kedai kopi. Bila aku marah,dia orang cakap "kita orang tengah buatlah ni cikgu, ni tengah discuss pasal soalan ni lah ni". Banyaklah awak punye discuss. Biasenye pelajar melayulah tu. Exercise tak siap sebb asyik bercakap. (situasi ni tak berlaku di kelas pertama 3RK.They all very good students. Kalau semua pelajar mcm ni x ramai lah cikgu yg sakit jantung).
Berlainan dengan pelajar cina, they all minat dgn subject matematik. Kita ajar sikit aje diorang dah faham, n then bila bagi exercise mereka akan tekun do their exercises sampai siap. Jadi tak heranlah kalau keputusan pelajar cina boleh dapat 100 dan pelajar melayu ada dapat 0(kelas yg sama). Kenape?kerana mereka main2. Cikgu mengajar bagai nak rak, pelajar x faham, diulang lagi sampai faham. Tapi biasenye pelajar ni bukannye faham, mereka hafal. Esok lusa bila ditanye lagi mereka dah lupe di tambah dengan x buat extra exercise.
So ape lagi, yg x lulus tu semua aku rotan kat tapak tangan (x kuat pun). Lepas rotan aku cakap kat pelajar2 tu 'cikgu rotan awak bukan krn cikgu tak suka awak, tapi kerana cikgu sayang awak. Cikgu nak awak tahu bahawa x lulus ujian itu adalah satu kesalahan. Cikgu nak awak belajar betul2. Ada pelajar yg cakap ,"cikgu kami dah baca, tapi bila ujian tetap x boleh jawab". Aku kate ,matematik mana boleh baca, awak perlu buat exercise setiap hari. Mase buat exercise tu baru kita tahu kita ni faham atau tidak. Ada tu yg lebih membengangkan cikgu, ramai pelajar bertanya pada kami' cikgu, hari ni ujian ape cikgu? 'Sah2 dah budak ni memang x belajar. Ujian ape pu tak tahu. Silap2 pen n pensil pun tak bawak. Lepas tu sibuk pinjam kawan. Ramai pulak tu spesis macam ni.


Itulah cabaran bagi kami cikgu2 sekolah harian biase. Mengajar pelajar yang tidak mahu belajar. (bukan semua tapi bilangannye sangat ramai). Usia sekolah aku baru nak mencecah 7 tahun, kami terpaksa berhempas pulas untuk membentuk identiti sekolah agar ibubapa dapat memberi sepenuh kepercayaan kepada sekolah kami. Kes pergaduhan kurang, tapi penyakit malas belajar menular di sekolah kami. Sebab tu lah hari tu sorang guru sandaran berhenti kerana alasannye dia tak boleh mengajar pelajar yg tak pandai. So dia prefer jadi cikgu tusyen.
Awal tahun unit kurikulum telah bermesyuarat . Salah satu agenda adalah head count(kira kepala) . Cikgu2 dikehendaki menetapkan target markah untuk setiap pelajar yng diajar dan target itu mesti dicapai by hook or by crook. Untuk pelajar PMR lain pulak. Setiap tahun peratus kelulusan mesti ditingkatkan. Tahun 2007 peratus kelulusan math 88%. So aku n member ku Zakiah yg setiap tahun mengajar form 3 mesti menaikkan kelulusan sampai 94%. Bayangkan kami terpaksa membuatkan pelajar yg mendapat markah serendah 15 untuk lulus. Kepala yg tak gatal pun terpaksalah digaru. Memang kami berhempas pulas mengajar n memberi tips2 yg berguna untuk memastikan pelajr yg dah memang ikut secara logik tak boleh dibantu terpaksa diluluskan. Alhamdulillah keputusan PMR 2008 membanggakan ,kami memperolehi 90.2% walaupun tak mencapai target tapi % meningkat. Lagi membanggakan 49 org berjaya mendapat A mengalahkan subject2 lain(setiap tahun memang subject matematik mengungguli bil paling ramai dapat A)Jumlah calon 192 org. Masa itulah kami merasakan usaha kami selama ini berbaloi.
Memang aku akui gandingan aku n memberku memang mantap. Dibilik guru kami duduk bersebelahan. Bila tension dgn pelajar dialah tempat aku mengadu dan sebaliknye.Teringat aku peristiwa tahun lepas, zakiah masuk ke bilik guru dan menangis di depanku. Dia tension dgn kerenah pelajar yg tak nak belajar, tak bawa buku n tak nak buat exercise. Tahap kesabarannye meletup apabila seorang pelajar telah menstaplerkan buku nye di meja.Apabila buku tu nak di tarik, melekat ,bila di lihat rupe2nye distapler bukunye pade meja. Pelajar ketawakan dia. Aku cuma mampu menyabarkan dia. Ku biarkan dia meluahkan perasaannye. Itulah cikgu. Walaupun tension dgn pelajar yg x nak belajar kami tetap kena ajar, kalau tak % akan turun, sape nak jawab dgn PK. Pelajar2 tulah jugak yg perlu kami lulus kan. Mana tak tension, mana tak pening. Kami selalu berbincang strategi pengajaran yg berkesan untuk pelajar lemah. Terima kasih zakiah.Tahun 2009 target kami ,kelulusan 94% n bilangan palajar dapat A 59 orang.Risau tu kalau tak tercapai.Lagilah zakiah akan bersalin bulan 8 ni .Terpaksalah aku pulon sorang2 sbb PMR bulan 10.
Kesibukan ku di sekolah di sambung kat rumah menanda buku2 yg ratusan bilangannye menyebabkan aku mmang tak boleh tumpukan pada pelajaran anak2ku 100%.Apa yg mampu aku buat, tanyekan kerja sekolah dah buat belum n kalau tak faham aku ajarkan sambil aku tanda buku.Suruh buat extra exercise biaselah bdak2 kalau tak tunggu depan diaorag x dibuat so bila tgok kite selalu sibuk diaorg pu sibuk tengok TV. Heran jugaklah budak2 ni suka sangatlah tengok tv, padahal aku dan husband jarang tengok tv boleh dikatakan x pernah, ntah x minat dah sekarang. Kalau free aku prefer tidur. Husband pun same 24 hours dgn laptop atau membaca. Anak2 x ikut ibunye yg selalu dgn buku.
Doaku semoga segala jerih perih aku mengajar,kalau ada sekelumit keikhlasan dihati ini moga Allah balas dengan memudahkan anak2 ku dalam menuntut ilmu dan menjadikan mereka anak2 yg soleh dan solehah.
.................sekadar luahan rase seorang guru yg sentiase mahukan anak murid nye berjaya,wlaupun tidak di balas dengan ucapan terima kasih cikgu...Cukuplah Allah bagi ku.

6 comments:

ain said...

salam pen merah...bkn senang ye nk jadi guru. Byk sungguh perkara yg nak dilihat. Mana pelajaran murid2, masalah disiplin mereka, kerenah mereka. Klu dia org tak lulus, kita yg tension, dia org relax je.
Sabar je le cikgu. Insyaallah semoga apa yg cikgu usahakan berbaloi akhirnya.

Anonymous said...

selamat malam cikgu....
tensionnya jadi cikgu sekarang ni, dulu2 murid takutkan cikgu....sekarang dah terbaliklah pulak...

PenMerah said...

to ima n ain
memang betul.zaman dah berubah....kalau nak compare dgn zaman kita belajar dulu,mcm langit dgn bumi.tapi minat sebagai pendidik tidak pernah luntur.

ain said...

salam cikgu...selamat menyambut Maulidur Rasul utk cikgu sekeluarga!

PenMerah said...

to ain
terima kasih.Selamat Maulidur Rasul juga utk ain & keluarga.x balik kg ke?

one-areyou said...

slm maulidul rasul. Anak- melayu hari ni memang lemah matematik. Malas nak kerja dan buat latihan lebih-lebih. Tapi kadang2 saya kurang setuju sikit dengan ukuran kejayaan hari ni. Exam Orientate - kadang-kdang kita kena selami juga perasaan dan stress anak didik setiap kali mereka nak menghadapi ujian.. Guru, sekolah terpaksa berusahaa juga untuk kejayaan sekolah kerana ukuran kejayaan hari ni juga adalah NAMA yang TERSOHOR dan memang dah sebegitu..Tahniah kerana jadi cikgu..