Friday, May 15, 2009

Terima Kasih Cikgu.....


Ingin ku imbau zaman persekolahan.
Bagi aku zaman persekolahan adalah merupakan saat yg paling indah dalam hidupku.
Heppy saje.....
Semuanye masih jelas diingatan


Memulakan persekolahan darjah 1 tahun 1979.
Cikgu Harun, guru kelas aku. Orangnye dah berumur, kurus dan bercermin mata.Mengajar Bahasa Melayu. Kelas ku sebelah kantin. Masa tu nasik lemak 20sen harganye. Aku bawak 30 sen aje. 10 sen simpan.

Masa darjah 2, ade seorang cikgu .namenye pun cikgu Haron. Suka usik aku. Datang dekat buat2 nak peluk. Aku paling takut...Kalau waktu PJ dia akan ikut aku. Pernah aku lari sampai ke sungai.(sekolah aku tepi sungai).Cikgu tu...eeee..geli lah.Aku tension betul.

Mase darjah 5, guru bahasa Inggeris ku namanye Mohd Salleh. Tapi kami panggil dia Cikgu Mat Leh Katih. Garangnye tuhan je yg tahu. Silap tak letak noktah pun di tengkingnye......aku memang kecut perut..Tension habis. Pelajar lelaki memang kena balun...

Ustaz ramli, lembut orangnye.Ada tahi lalat atas bibir...ajar aku sembahyang

Masa Tingkatan 2, Cikgu Mohd Noor ajar aku pend seni. Dialah yang mengajar aku mengayam ketupat sampai pandai. Setiap kali aku anyam ketupat aku teringatkan cikgu aku tu.

Masa Tingkatan 2, Ustaz ramli mengajar aku.setiap kali mandi niatkan mandi sunat agar mandi kita itu dapat pahala. Sampai sekarang aku amalkan.

Masa Tingkatan 4, Cikgu Rohaida, guru baru. Baru balik dari oversea.Ajar BI. Orangnye cantik. Pelajar lelaki kelas aku cukup suka dgn cikgu Rohaida. Masih terbau-bau perfume yang dipakainye. Cukup wangi. Dulu lupa nak tanye cikgu pakai perfume ape. Dia kahwin dgn mat salleh kanada.

Masa Tingkatan 4 dan 5, Cikgu...pelik eh aku tak tahu namanye apa. Tapi kami panggil dia cikgu bapak, sebab dia orang indonesia... Ajar kami Matematik Tambahan. Garangnye ya allah...Kalau menengking satu sekolah boleh dengar.Setiap kali ada mate.Tambahan membuatkan aku nak demam.

Cikgu Ungku Ubaidillah, Cikgu Bm tetapi suka cakap pasal sperma, yg membuatkan aku selalu protes. Tak ada kaitan....

Cikgu Kamariah, guru Bm. Lembut orang nye. Waktu Bm aku lah orang yang akan disuruh baca petikan. Masih aku ingat dia nasihatkan aku kalau nak cari suami jangan cari yg merokok. Aku begitu ralat, masa last day Form 5 tak sempat nak ucap terima kasih pada dia sebb masa tu aku terlalu sedih.


Untuk semua guru-guru ku, TERIMA KASIH CIKGU......semoga cikgu dipanjangkan umur, di berkati hidup. Kalau bukan kerana cikgu, tidak saya berada disini...

Untuk semua rakan2 guru SELAMAT HARI GURU

TANPAMU GURU SIAPALAH AKU........

3 comments:

SpEkmATaKu said...

selamat hari guru eda..

ima said...

kita pun nak ucapkan selamat hari guru juga buat cikgu ju.

PenMerah said...

to mirah & ima
terima kasih