Friday, April 24, 2009

Air mata seorang guru

Hari ini hari jumaat 24/4/09 kami guru2 digemparkan berita kematian salah seorang anak murid kami. Terperanjat betul aku. Macam tak percaya. Pelajar tersebut adalah bekas anak muridku tahun lepas. Accident kat depan sek dato' penggawa.Hancur muka dan kaki.

Masih ku ingat ketika aku mengajar arwah di ting 3 tahun lepas. Aku selalu marahkan arwah kerana arwah malas belajar. Selalu aku nasihatkan arwah dan kawan2nye supaya rajin belajar dan jangan tinggalkan sembahyang kerana mati itu kita tak tahu bila datangnye. Walaupun aku selalu membebel, arwah tak pernah berlaku kurang ajar dengan aku.Cuma setakat nakal budak dan menjawab setiap ape yg aku cakap.

Teringat satu peristiwa ketika aku menceritakan bagaimana anakku dimarahi gurunya kerana tidak membawa buku latihan.Anakku memberitahu bukunya dipinjam kawan dan kawannya lupa bawak.Guru anakku tak nak terima alasan tu...Ku ceritakan kisah ini pada arwah dan kawan2nye.
Arwah menjawab"tahu pun cikgu apa perasaan kami bila kami cakap cikgu tak percaya...
Lepas tu aku tanye arwah"pernah ke cikgu buat camtu..Dia jawab"bukan cikgu,cikgu lain....
Kata2 arwah membuatkan ku terpikir sejenak, da betulnye..

Tak sangka pula, begitu cepat arwah dipanggilNYA.......Allah lebih menyayanginya...Meninggal pun hari jumaat.

Semasa majlis tahlil ditapak perhimpunan aku tidak dapat menahan kesedihan. Setitik demi setitik air mataku jatuh tanpa dapat ditahan-tahan.

Hati seorang guru....ada tersimpan perasaan sayang,walaupun selalu memarahi pelajarnya.

Tadi semasa aku pergi kekantin terbayang2 wajah arwah yg selalu tersengih bila terserempak denganku sambil menyapa"Sihat cikgu? Dah lama tak nampak cikgu. Last arwah tegur aku 2 minggu lepas semasa aku keluar dari kantin..

Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang2 yg beriman.

2 comments:

SpEkmATaKu said...

al fatihah
moga tergolong dlm mereka y soleh ameen

ain said...

Al fatiha..semoga roh arwah dicucuri rahmat!