Sunday, May 31, 2009

Balik Kampung oooo balik kampung

Anak2 sibuk bertanya balik rumah tok ma tak cuti ni. Masing2 dah tak sabar nak balik umah tok ma diaorang. Bila ku kata mungkin balik lambat sikit, masing2 cakap alaaaaaaaah......

Macam tu lah aku tiap2 kali cuti, sebab sentiasa terlibat dengan kelas tambahan. Muka aku memang muka kelas tambahan. Kali ni kelas tambahan bermula hari isnin sampai rabu. aku pulak dilantik sebagai penyelaras kelas tambahan.

Suami pulak terikat dengan kerja and cuti kena bagi2 ngan kawan. So nampaknye tak dapat balik lama lah kali ni. Tak palah asalkan dapat balik.

Perjalanan dari pasir gudang ke kuala terengganu mengambil masa antara 10 - 12 jam, mengikut keadaan. Kalau anak2 x buat hal bolehlah sampai 10 jam. Naik kematu punggung. Biasanye kami gilir2 drive.



Menziarahi orang tua ini merupakan satu ibadat. Tiga pandangan yang mendapat pahala adalah memandang kaabah, memandang Al quran dan memandang ibubapa. So marilah kita berpakat balik kampung ziarah orang tua kita.

Insyaalah kami akan balik kampung hari jumaat 5 jun dan balik pada 10 jun. Doakan perjalanan kami selamat...

Wednesday, May 20, 2009

Ape ni....

Ini Nur Khadeeja.
Umur 7 tahun
Anak ke 3 dari 5 adik beradik

Ini pencil box Khadeeja. Dah lusuh, beli masa masih di tadika




Ini pula isi perut pencil box tu.
Mengucap panjang aku. Dah lame x check.Esok nak exam, tulah aku check ,tgok ape2 yg kurang
Ape ni Jah....macam tong sampah.Habuk pencil pun ade...
Jah jawab"ye lah bu....kalau jah buang atas lantai ibu marah. Tulah jah kumpul dalam pencil box.
Segala sampah ada, kapur tulis, getah, pemadam yg dah hancur, kertas tanda harge
Jah.....jah..



Hari guru

Khadeeja beria2 nak bagi hadiah kat cikgu sains dia. Setahu aku dia x suka kat cikgu
sains sebab garang. Pernah sekali, dia ponteng sbb latihan sains dia x sempat nak salin.
Aku cakap, kalau x sempat tulis jah pinjam buku kawan lah.
Sambil nangis dia cakap, kawan x bagi pinjam.
Esok memang betul dia ponteng.

"Pasal pulak jah nak bagi hadiah kat cikgu juariyah?kata garang, jah x suka cikgu tu"
Saje nak tau apa alasannye.
Tak pe lah bu..Kalau jah bagi hadiah kat cikgu juariyah, nanti dia sayang jah.
Dia tak garang lagi dgan jah.

Itulah Nur Khadeja...

Friday, May 15, 2009

Terima Kasih Cikgu.....


Ingin ku imbau zaman persekolahan.
Bagi aku zaman persekolahan adalah merupakan saat yg paling indah dalam hidupku.
Heppy saje.....
Semuanye masih jelas diingatan


Memulakan persekolahan darjah 1 tahun 1979.
Cikgu Harun, guru kelas aku. Orangnye dah berumur, kurus dan bercermin mata.Mengajar Bahasa Melayu. Kelas ku sebelah kantin. Masa tu nasik lemak 20sen harganye. Aku bawak 30 sen aje. 10 sen simpan.

Masa darjah 2, ade seorang cikgu .namenye pun cikgu Haron. Suka usik aku. Datang dekat buat2 nak peluk. Aku paling takut...Kalau waktu PJ dia akan ikut aku. Pernah aku lari sampai ke sungai.(sekolah aku tepi sungai).Cikgu tu...eeee..geli lah.Aku tension betul.

Mase darjah 5, guru bahasa Inggeris ku namanye Mohd Salleh. Tapi kami panggil dia Cikgu Mat Leh Katih. Garangnye tuhan je yg tahu. Silap tak letak noktah pun di tengkingnye......aku memang kecut perut..Tension habis. Pelajar lelaki memang kena balun...

Ustaz ramli, lembut orangnye.Ada tahi lalat atas bibir...ajar aku sembahyang

Masa Tingkatan 2, Cikgu Mohd Noor ajar aku pend seni. Dialah yang mengajar aku mengayam ketupat sampai pandai. Setiap kali aku anyam ketupat aku teringatkan cikgu aku tu.

Masa Tingkatan 2, Ustaz ramli mengajar aku.setiap kali mandi niatkan mandi sunat agar mandi kita itu dapat pahala. Sampai sekarang aku amalkan.

Masa Tingkatan 4, Cikgu Rohaida, guru baru. Baru balik dari oversea.Ajar BI. Orangnye cantik. Pelajar lelaki kelas aku cukup suka dgn cikgu Rohaida. Masih terbau-bau perfume yang dipakainye. Cukup wangi. Dulu lupa nak tanye cikgu pakai perfume ape. Dia kahwin dgn mat salleh kanada.

Masa Tingkatan 4 dan 5, Cikgu...pelik eh aku tak tahu namanye apa. Tapi kami panggil dia cikgu bapak, sebab dia orang indonesia... Ajar kami Matematik Tambahan. Garangnye ya allah...Kalau menengking satu sekolah boleh dengar.Setiap kali ada mate.Tambahan membuatkan aku nak demam.

Cikgu Ungku Ubaidillah, Cikgu Bm tetapi suka cakap pasal sperma, yg membuatkan aku selalu protes. Tak ada kaitan....

Cikgu Kamariah, guru Bm. Lembut orang nye. Waktu Bm aku lah orang yang akan disuruh baca petikan. Masih aku ingat dia nasihatkan aku kalau nak cari suami jangan cari yg merokok. Aku begitu ralat, masa last day Form 5 tak sempat nak ucap terima kasih pada dia sebb masa tu aku terlalu sedih.


Untuk semua guru-guru ku, TERIMA KASIH CIKGU......semoga cikgu dipanjangkan umur, di berkati hidup. Kalau bukan kerana cikgu, tidak saya berada disini...

Untuk semua rakan2 guru SELAMAT HARI GURU

TANPAMU GURU SIAPALAH AKU........