Wednesday, July 1, 2009

Geramnye aku.......

Pagi tadi selepas bersarapan kat kantin aku bergegas ke toilet, sakit perut....
Banyak barang yang aku bawak untuk mengajar (compasses, protractor,pencil).Barang2 ni terpaksa cikgu bekalkan, jangan haraplah depa nak bawak. Ada tu pencil pun tak da..Abis tu cam na.
Cikgulah jugak yang jadi supplier.
"aikk cikgu sejak bila pulak berniaga alat tulis ni.."ada jugak pelajar yg memang x da insuran mulut,saje nak guraulah tu konon...
"kalau cikgu x bawak semua bebarang ni awak nak lukis guna ape?"punyelah baik cikgunye...

So,dari toilet aku teringat ada satu barang tertinggal dalam bilik guru,so aku letakkan semua barang tu termasuk PENCIL BOX DOREAMON (sbb dalam tu SEMUA ADA. Nak ape...calculator,gam,stapler,dawai kokot,marker pen,highlighter,gunting...Kalau pen,nak warna ape.berpuluh batang jumlahnye). Aku letak atas koridor. Bergegas ke bilik guru..x sampai 5 minit aku keluar n mintak tolong pelajar bawakkan.

Sampai kat kelas...Ehh..mana pencil box cikgu?Aku minta seorang pelajar tengok kat kantin n bilik guru kot2 tertinggal....tapi x da..

x puas hati aku sendiri pergi cari sbb aku x leh ngajar x de marker pen....pun x de...terpaksa pinjam kawan marker pen..

Mula2 tu aku pikir mungkin kawan2 terambik,pencil box sama (hadiah kelab guru) tertukar maybe...tanya semua kawan2 semua x tau....

So pikir punye pikir aku buat conclusion pencil box aku DICURI pelajar.....TENSION betullah.
Sebelum ni kes hilang handphone je...baru minggu lepas sorang kawan ku hilang handphone....hilang sekelip mata sahaja. Dah berapa puluh handphone cikgu yang dicuri.....

Ari tu..bestfriend ku zakiah hilang duit yuran pelajar rm600.Terpaksa kena ganti
Sekolah sudah tidak selamat....Kes pelajar hilang pen,calculator itu pekara biasa.....
Tak sangka pula sanggup dicuri pencil box cikgunye...

MORAL OF THE STORY
Peranan ibubapa sangat penting utk mendidik anak2 agar jangan mengambil hak orang lain.Jangan memandang remeh pekara2 yang kecil pada pandangan kita tapi besar impaknye.
Contoh, kalau anak kita terjumpa duit, even 10 sen atau sebatang pencil .kita mesti melarang mereka mengambilnye.Berikan alasan kenapa.kerana berdosa.Jangan ambil barang kawan tanpa kebenaran, mencuri namanye...Itu yang selalu aku pesan kat anak2 aku..
kalau terambil pencil kawan aku minta mereka pulangkan,kerana tak berkat belajar nanti..

So kalau kita sudah didik anak2 kita, akan melahirkan masyarakat selamat......
TAK DE LAH PENCIL BOX KU KENA CURI.....

14 comments:

aza ni said...

ini dah tak patut , kalau murid berani keluar masuk bilik guru, masa orang takda, mana adab dia?

aza ni said...
This comment has been removed by the author.
Anonymous said...

mende2 cmtuh kdg2 org x alert. mende yg pd dorang biase2 je nilainye, tapi kalo dibiarkan, blh jadi makin kronik.memula amik pencil box, nnt melarat amik mende2 lebih besar nilai n harga nya..x ke naya tuh?

ain said...

siannya cikgu. tp moral bdk2 sekarang memang tak de langsung!!

PenMerah said...

to en azani
kejadian tu bukan berlaku di bilik guru, tapi saya letak kat atas koridor kat luar bilik guru,n saya masuk bilik guru sebb tertinggal barang.Bila keluar pencil box tu dah x da.Tak sampai 5 minit pun..

To comot
memang,sbb tu sekolah dah tak selamat.pelajar bawa beg kemana2 even nak g kantin,takut barang kena curi.Buku teks pun kena curi..camna

To ain
memang betul,pelajar sekarang dah tak tau dosa pahala,moral or tak bermoral

sushi_me said...

salam..kak. baru berkesempatan bace blog akak nih..

berat juge masalah kecurian nih..sebab masalah ni dah tak kire usia..ade yg diperingkat rendah dah tau amik hak orang..btolla saranan akak tu..kene didik dr umah mende2 mcm ni..supaya tak menjadi amalan bile kat lua atau kat skolah.....

family/home- the most important social agent in educating the youngs to good citizens..

Anonymous said...

kak miraa,,,
sume org KL ni suke popia akak 2..
heee~
sEeEeEEeEedaaaaappp!!!~

sushi_me said...

salam...akak..lame tak update blog ye...

no limit adventre said...

kunjungan sob :)

Anonymous said...

....mcm2 hal...

Anonymous said...

Kuips.edu.my

lina said...

Hihihi all d best

Anonymous said...

My friends told me that on http://clashofclanshelper.com/ - you receive free Clash of Clans gems instantly! I just tried that! (UfR1JJZ2pg)

Anonymous said...

I found a working clash of clans hack at http://clashofclanshelper.com/ and its great! You receive your Clash of Clans gems instantly!!! Visit and enjoy! (fKabDdD4ua)