Wednesday, July 1, 2009

Geramnye aku.......

Pagi tadi selepas bersarapan kat kantin aku bergegas ke toilet, sakit perut....
Banyak barang yang aku bawak untuk mengajar (compasses, protractor,pencil).Barang2 ni terpaksa cikgu bekalkan, jangan haraplah depa nak bawak. Ada tu pencil pun tak da..Abis tu cam na.
Cikgulah jugak yang jadi supplier.
"aikk cikgu sejak bila pulak berniaga alat tulis ni.."ada jugak pelajar yg memang x da insuran mulut,saje nak guraulah tu konon...
"kalau cikgu x bawak semua bebarang ni awak nak lukis guna ape?"punyelah baik cikgunye...

So,dari toilet aku teringat ada satu barang tertinggal dalam bilik guru,so aku letakkan semua barang tu termasuk PENCIL BOX DOREAMON (sbb dalam tu SEMUA ADA. Nak ape...calculator,gam,stapler,dawai kokot,marker pen,highlighter,gunting...Kalau pen,nak warna ape.berpuluh batang jumlahnye). Aku letak atas koridor. Bergegas ke bilik guru..x sampai 5 minit aku keluar n mintak tolong pelajar bawakkan.

Sampai kat kelas...Ehh..mana pencil box cikgu?Aku minta seorang pelajar tengok kat kantin n bilik guru kot2 tertinggal....tapi x da..

x puas hati aku sendiri pergi cari sbb aku x leh ngajar x de marker pen....pun x de...terpaksa pinjam kawan marker pen..

Mula2 tu aku pikir mungkin kawan2 terambik,pencil box sama (hadiah kelab guru) tertukar maybe...tanya semua kawan2 semua x tau....

So pikir punye pikir aku buat conclusion pencil box aku DICURI pelajar.....TENSION betullah.
Sebelum ni kes hilang handphone je...baru minggu lepas sorang kawan ku hilang handphone....hilang sekelip mata sahaja. Dah berapa puluh handphone cikgu yang dicuri.....

Ari tu..bestfriend ku zakiah hilang duit yuran pelajar rm600.Terpaksa kena ganti
Sekolah sudah tidak selamat....Kes pelajar hilang pen,calculator itu pekara biasa.....
Tak sangka pula sanggup dicuri pencil box cikgunye...

MORAL OF THE STORY
Peranan ibubapa sangat penting utk mendidik anak2 agar jangan mengambil hak orang lain.Jangan memandang remeh pekara2 yang kecil pada pandangan kita tapi besar impaknye.
Contoh, kalau anak kita terjumpa duit, even 10 sen atau sebatang pencil .kita mesti melarang mereka mengambilnye.Berikan alasan kenapa.kerana berdosa.Jangan ambil barang kawan tanpa kebenaran, mencuri namanye...Itu yang selalu aku pesan kat anak2 aku..
kalau terambil pencil kawan aku minta mereka pulangkan,kerana tak berkat belajar nanti..

So kalau kita sudah didik anak2 kita, akan melahirkan masyarakat selamat......
TAK DE LAH PENCIL BOX KU KENA CURI.....