Tuesday, March 31, 2009

kembang hidung ku......

Dari semalam lagi aku telah berhempas pulas menghias bilik SPBT ku. Langsung tak ada masa senggang. Aku cuma rehat utk makan dalam 1 jam sambil borak2 ngan kekawan kat kantin. Lepas tu ngajar, free aje terus g bilik SPBT. Semalam juga aku angkut buku teks kat PPD, n then sampai kat sekolah aku terus sambung kat Bilik SPBT. Dan semalam juga aku marah kat pelajar ku (ahli kelab spbt) sbb aku mintak tolong diaorg bantu aku, baik2 follow kat belakang aku, toleh lagi sekali dah tak de. Tak pernah lagi aku marah kat depa ni.Aku sound dia org, sementara nak tunggu latihan hoki ape salahnye tolong cikgu sekejap . Sama2 lah bantu, cikgu dari pagi sampai petang dok kat bilik SPBT, nanti pukul 6 cikgu nak balik, nak masak.Jam dah pukul 5.Semalam juga gastrik aku datang.


Hari ni aku bangun 5.30 pagi, buat sarapan, sampai sekolah 7.30. Terus g bilik SPBT dgn dibantu seorg kawan sambung kerja2 menghias.Selesai juga akhirnye. Pemantau dari PPD datang pukul 11 pagi. Aku rehat cuma 20 minit utk makan. Hari ni banyak kelas.


Abis kelas pukul 1.50. Sembahyang n then sambung meeting pukul 2.30. Yg memotivasi kan aku bab2 meeting ni adalah makan. Tang tu yg best. Menu ari ni mee hoon tomyam ngan air bandung. Jadi boleh lah bermeeting dgn perut kenyang. Cikgu2 semuanye happy, kalu x da makan lain sikit moodnye, yealah lapar. Aku sebagai SU kurikulum , tugas ku catat minit.


Yang membuatkan hidungku KEMBANG, bila PK aku umumkan bilik SPBT mendapat tempat pertama sebagai bilik Berinformasi. Pengetua pun ucapkan tahniah. Time ni lah happy ending bagi cerita ku. Tahun lepas aku menduduki tempat ke 2. Aku suke,(happy) .....di mulakan dgn susah payah dan ketensionan tapi at last diakhiri dgn kejayaan. Tahun lepas dapat hadiah jam dinding, yg harga Rm 4. Nilai hadiah tak penting bagi ku, yang penting appreciation.


Aku abis meeting pukul 5.30 n yg happynye , bnyak mee hoon tomyam yg x abis. So aku angkut semua bawak balik .Jadi taklah tension aku nak masak cepat2. Makan tomyam dulu, malam2 sikit baru masak .

Saturday, March 28, 2009

Tipu daya dunia..

Sejak akhir2 ini aku makin disibukkan oleh dunia.
Bermula dari cuti sekolah, sbb tu entry baru tak kunjung tiba.
Kesibukan aku disebabkan oleh ;

Balik kampung kat pulau bahagia. Dah lama tak balik, last hari raya aidifitri tahun lepas. So aku cakap kat husband walau macamana pun mesti ikhtiar kan agar dapat balik.Aku bertolak hari sabtu.Anak2 ku mabuk teruk. Maryam muntah sampai 4 x.Aku drive dari pekan ke terengganu sbb husband mengantuk.Hujan turun selebat2 nye.Dua hari dua malam hujan tak renti2.


PTK. Tensionnye lah nak kena ambik peksa PTK ni. Examnye dalam mase cuti pulak tu. So terpaksalah aku pendekkan cuti. Balik Terengganu cuma 3 hari saje. Hari rabu dah balik Johor sbb khamis exam PTK. Anak2 semua merungut. "Ibu, tak boleh ke kalau ibu ponteng peksa" anak ku Khadeeja memberi cadangan. Kat kampung aku dok kelek buku kemana2. Baca sambil baring atas katil n then terlelap.


Naik cuti, aku disibukkan lagi oleh persediaan Mesyuarat Agung PIBG & Hari Anugerah Cemerlang. Kali ni aku kena bahagian persediaan tempat. Jenuhlah aku n kekawan stayback tiap2 hari utk siapkan backdrop n pentas. Dengan bajet ciput aku terpaksa melilau kat pekan Masai mencari kelengkapan dgn harga termurah.Seminggu jugalah aku balik pukul 6 petang.Disebabkan itu juga lah aku terpaksa cancelkan plan untuk pergi JUSCO sempena jusco card sebb kepenatan.
Alhamdulillah hari sabtu 28/3 selesailah majlis yg berlangsung dengan lancar.


Minggu depan aku akan disibukkan pula dengan tugasan menghias Bilik SPBT kerana sekolah ku bakal memasuki pertandingan Bilik Sumber. Selain itu minggu depan juga aku akan mengangkut buku dari PPD kerana masih ada pelajar ku yg x dapat buku teks kerana berlaku kekurangan buku teks.

inilah bilik spbt ku.Aku dah 4 tahun jadi guru spbt.
seram juga dok bilik ni sorang2 sbb pernah berlaku kes dimana kipas terpasang sedangkan aku x pernah bukak kipas tu. n satu lagi lampu terpasang sedangkan aku memang very sure sudah tutup semalamnye.seram, seram..

Sunday, March 8, 2009

Cik Mirah ohhhh Cik Mirah

Cik Mirah nak datang sini ke ibu? Tanye anak ku Abdurrahman. 'yea..',jawabku.Bila? 'Hari jumaat ni'. Eee..bestnye. Tu lah anak2 ku begitu gembira kalau Cik Mirah nye nak datang. Tu mesti sbb, bila Cik Mirahnye datang dapatlah mereka main game guna laptop Cik Mirah atau handpone Cik Mirah.Nanti Cik Mirah bising, x endah pun diorag.Padahal dlm desktop kat rumah melambak games.Petang2 Cik Mirah ajak g taman or round2 naik keta. Tu happy sgt kalu Cik Mirah datang.
Dah lama Cik Mirah tak turun JB, yea lah asyik lepak Shah Alam je kalau time cuti.

Cik Mirah,panggilan mesra anak2ku kat adikku yg no 5. Dia ni kembar. Yg sorang lagi Cik Silah sekarang mengajar kat segamat. Cik Mirah masih study,kat Melaka ambil Bachelor Tesl. Bulan 7 ni abislah study die. Tu yg dok risau kot2 dipostingnye ke Sabah. Tak pe lah husband ku cakap, nanti dapat org sabah yg pakai cawat.Usik husban ku. Dah besar dah Cik Mirah......dah 24 tahun. Sekejap aje mase berlalu.

Cik Mirah dilahirkan mase aku di tingkatan 1, tahun 1985, kembar. Disebabkan kembar, aku terpaksa tolong ma aku. Rutin harian ku selepas mengaji, aku basuh lampin (dulu x de pampers ).Selepas tu aku beli ikan. (kat kg aku,ikan dijual dgn menaiki motor. So aku akan tunggu kat tepi jalan). Semua pak cik yg jual ikan aku kenal, begitu juga dgn nama setiap ikan, ketika itu usia aku hanyalah 13 tahun. Lepas tu baru aku mandi untuk pergi sekolah . Aku pergi sekolah dgn mengayuh basikal. (aku sekolah petang). Aku masih ingat kata2 ayah ku 'kalau anak selalu tolong ibubape dia, belajar akan di mudahkan'. Aku memang kurang belajar sebb sibuk jage adek2 yg ramai.

Tahun 1986, adikku yg no 8 dilahirkan. So ma aku dah tumpukan pada baby baru. Aku ada adik angkat sama umur, kami panggil semek. Untuk memudahkan kerja aku jaga Cik Mirah manakala kembarnya Cik Silah semek yg jage. Sebelum dan selepas balik sekolah aku akan jage Cik Mirah ni, kalau kencing or berak aku yg urus kan, tukar lampain, kalau nak tidur aku buaikan. Mase tu aku tingkatan dua. Basuh lampin memang kerja ku, tapi kali ni lampin dah bertambah kerana tambah lampin baby baru. Sayang aku memang lebih pada Cik Mirah berbanding Cik Silah. Obvious sangat sampai ma aku tegur.' Mu ni nampok macanm dok berahi (sayang) ke silah, kan adik mu jugak. Aku jarang kiss or peluk silah ni .

Satu peristiwa yg tak boleh kulupakan. Satu pagi tu seperti biase aku jaga Cik Mirah, ma aku seperti biase akan ke kebun belakang rumah kerana hobinye memang dari dulu bercucuk tanam. Semua ada timun, cili, ubi, kacang, jagung etc, bukan utk dijual cuma sebagai hobi. Aku ada homework nak di buat, Cik Mirah asyik kacau aku aje.So aku letak dia kat luar bilik depan pintu, dia menangis, aku tutup pintu. Tangisannye makin kuat, aku tutup jugak pintu. Aku heran pasal berat aje pintu ni, fikir ku kuatnye Cik Mirah ni tolak dari luar. So aku kunci pintu, Cik Mirah makin kuat nangis, aku buka pintu n dukung dia, lalu terpandang lah aku...jarinye.....yea jarinye dah leper macam biskut jagung. Aku panik, Cik Mirah nangis tak henti2. Aku dapatkan ma aku. Aku kena marah betul2 hari tu. Aku tak sengaja. Ayah ku terus balik dari sekolah dan hantar Cik Mirah jumpa tok bomoh urut. Tulang jarinye kalau x silap jari tengah hancur, tapi kerana dia masih kecil menurut tok bomoh tu, insyaallah akan pulih seperti sediakala. Aku betul2 bersyukur. Dah x berani aku nak kunci bilik lagi. Jari Cik Mirah pulih spt sediakala, betul tak Cik Mirah?

Cik Mirah n Cik Silah ni kembar x seiras. Kalau tengok memang x percaya kembar. Sorang besar, sorang kecik, sorang tinggi, sorang rendah, sorang putih, sorang sawo matang, sorang rambut lebat, sorang hampir2 botak (mase baby). Sebb tulah agaknye mase kecik dua org ni x boleh ngam, gaduh je mcm anjing ngan kucing. Sampai sekolah menengah. Cik Mirah ni malas sikit kalau bab2 mengemas rumah begitu juga study. Kerjanye tengok TV aje, tapi otaknye bagus compare ngan Cik Silah. Cik Silah ni rajin kemas rumah n kuat study. Tapi sekarang Cik Mirah dah berubah...dah rajin masak n ngemas rumah.

Cik Silah dah bergelar guru sains walaupun opsyennye matematik (kesian dia). Cik Mirah pula sekarang tengah berhempas pulas dgn assigment, maklumlah tahun akhir. Bulan 7 ni abislah.

Ada juga hint2 yg menunjukkan Cik Mirah ni risau sbb x de sape2 lagi. Aku kate buat ape nak risau, mu kan muda lagi. Risau katenye nanti lelaki yg baik abis di kebas org. Aiii...Cik Mirah, dengar sini. Kalau kita baik insyaallah kita akan dapat org yang baik. So Cik Mirah kenalah baik-baikkan diri CIk Mirah. Tapi aku tahu adikku yg sorang ni memang baik, macam kakak dia (masuk bakullah pulak). Aku doakan Cik Mirah akan jumpa someone special suatu hari nanti. Aku dulu pun bila masuk umur 23 risau jugak, manalah... my someone special ni tak kunjung tiba. Sabarlah ye ..Cik Mirah.

Satu kelebihan Cik Mirah ni dia memang pandai masak. Thats why aku selalu invite datang JB. Tp sekarang ni dia selalu beralih arah ke Shah Alam, jadi baby sitter lah pulak. Sebenarnye dia ni mewarisi bakat ma aku yg memang pandai masak. Tokeh nasi dagang lah katekan. So sape2 yg teringin nak makan nasi dagang Cik Nong datanglah ke pulau bahagia. Drp testimoni pelanggan tetapnye nasi dagang ma aku setanding dgn nasi dagang yg famous kat terengganu (Kuala ibai or bukit besar). Cuma ma aku low profile je . X de org yg nak komersialkan.

So kedatangan Cik Mirah kali ni dengan membawa berbagai resepi yg dia belajar dari kekawan dia. Yg mampu dibuat dalam masa yg terhad adalah popia berintikan sosej dan kentang, ikan bakar n spaggheti. Anak2 ku memang berselera. Cik Mirahnye masak mee goreng pun sedap, tu yg kadang2 buat aku kecik ati tuu... Aku kalau bab2 masak ni memang malas sikit, malas nak mencuba resepi baru. Makan memang suke. Doaku moga2 Cik Mirah dipostingkan ke Johor dapatlah selalu jengok2 aku n membawa berbagai resepi baru. Nasihat aku pada Cik Mirah kalau nak cari suami carilah seperti osman kering kerana dgn sekelip mata ,aku gerenti 6 bulan je dia akan menjadi seperti 'Kuman'.




Muridku sayang.....

Ujian pertama dah selesai.Aku dah warning awal2 lagi kat pelajarku, sape yg tak lulus aku akan rotan. Sebabnye, they all tak serius belajar(bukan semuanye). Bila bagi exercise, diorang buat exercise sambil bersembang macam kat kedai kopi. Bila aku marah,dia orang cakap "kita orang tengah buatlah ni cikgu, ni tengah discuss pasal soalan ni lah ni". Banyaklah awak punye discuss. Biasenye pelajar melayulah tu. Exercise tak siap sebb asyik bercakap. (situasi ni tak berlaku di kelas pertama 3RK.They all very good students. Kalau semua pelajar mcm ni x ramai lah cikgu yg sakit jantung).
Berlainan dengan pelajar cina, they all minat dgn subject matematik. Kita ajar sikit aje diorang dah faham, n then bila bagi exercise mereka akan tekun do their exercises sampai siap. Jadi tak heranlah kalau keputusan pelajar cina boleh dapat 100 dan pelajar melayu ada dapat 0(kelas yg sama). Kenape?kerana mereka main2. Cikgu mengajar bagai nak rak, pelajar x faham, diulang lagi sampai faham. Tapi biasenye pelajar ni bukannye faham, mereka hafal. Esok lusa bila ditanye lagi mereka dah lupe di tambah dengan x buat extra exercise.
So ape lagi, yg x lulus tu semua aku rotan kat tapak tangan (x kuat pun). Lepas rotan aku cakap kat pelajar2 tu 'cikgu rotan awak bukan krn cikgu tak suka awak, tapi kerana cikgu sayang awak. Cikgu nak awak tahu bahawa x lulus ujian itu adalah satu kesalahan. Cikgu nak awak belajar betul2. Ada pelajar yg cakap ,"cikgu kami dah baca, tapi bila ujian tetap x boleh jawab". Aku kate ,matematik mana boleh baca, awak perlu buat exercise setiap hari. Mase buat exercise tu baru kita tahu kita ni faham atau tidak. Ada tu yg lebih membengangkan cikgu, ramai pelajar bertanya pada kami' cikgu, hari ni ujian ape cikgu? 'Sah2 dah budak ni memang x belajar. Ujian ape pu tak tahu. Silap2 pen n pensil pun tak bawak. Lepas tu sibuk pinjam kawan. Ramai pulak tu spesis macam ni.


Itulah cabaran bagi kami cikgu2 sekolah harian biase. Mengajar pelajar yang tidak mahu belajar. (bukan semua tapi bilangannye sangat ramai). Usia sekolah aku baru nak mencecah 7 tahun, kami terpaksa berhempas pulas untuk membentuk identiti sekolah agar ibubapa dapat memberi sepenuh kepercayaan kepada sekolah kami. Kes pergaduhan kurang, tapi penyakit malas belajar menular di sekolah kami. Sebab tu lah hari tu sorang guru sandaran berhenti kerana alasannye dia tak boleh mengajar pelajar yg tak pandai. So dia prefer jadi cikgu tusyen.
Awal tahun unit kurikulum telah bermesyuarat . Salah satu agenda adalah head count(kira kepala) . Cikgu2 dikehendaki menetapkan target markah untuk setiap pelajar yng diajar dan target itu mesti dicapai by hook or by crook. Untuk pelajar PMR lain pulak. Setiap tahun peratus kelulusan mesti ditingkatkan. Tahun 2007 peratus kelulusan math 88%. So aku n member ku Zakiah yg setiap tahun mengajar form 3 mesti menaikkan kelulusan sampai 94%. Bayangkan kami terpaksa membuatkan pelajar yg mendapat markah serendah 15 untuk lulus. Kepala yg tak gatal pun terpaksalah digaru. Memang kami berhempas pulas mengajar n memberi tips2 yg berguna untuk memastikan pelajr yg dah memang ikut secara logik tak boleh dibantu terpaksa diluluskan. Alhamdulillah keputusan PMR 2008 membanggakan ,kami memperolehi 90.2% walaupun tak mencapai target tapi % meningkat. Lagi membanggakan 49 org berjaya mendapat A mengalahkan subject2 lain(setiap tahun memang subject matematik mengungguli bil paling ramai dapat A)Jumlah calon 192 org. Masa itulah kami merasakan usaha kami selama ini berbaloi.
Memang aku akui gandingan aku n memberku memang mantap. Dibilik guru kami duduk bersebelahan. Bila tension dgn pelajar dialah tempat aku mengadu dan sebaliknye.Teringat aku peristiwa tahun lepas, zakiah masuk ke bilik guru dan menangis di depanku. Dia tension dgn kerenah pelajar yg tak nak belajar, tak bawa buku n tak nak buat exercise. Tahap kesabarannye meletup apabila seorang pelajar telah menstaplerkan buku nye di meja.Apabila buku tu nak di tarik, melekat ,bila di lihat rupe2nye distapler bukunye pade meja. Pelajar ketawakan dia. Aku cuma mampu menyabarkan dia. Ku biarkan dia meluahkan perasaannye. Itulah cikgu. Walaupun tension dgn pelajar yg x nak belajar kami tetap kena ajar, kalau tak % akan turun, sape nak jawab dgn PK. Pelajar2 tulah jugak yg perlu kami lulus kan. Mana tak tension, mana tak pening. Kami selalu berbincang strategi pengajaran yg berkesan untuk pelajar lemah. Terima kasih zakiah.Tahun 2009 target kami ,kelulusan 94% n bilangan palajar dapat A 59 orang.Risau tu kalau tak tercapai.Lagilah zakiah akan bersalin bulan 8 ni .Terpaksalah aku pulon sorang2 sbb PMR bulan 10.
Kesibukan ku di sekolah di sambung kat rumah menanda buku2 yg ratusan bilangannye menyebabkan aku mmang tak boleh tumpukan pada pelajaran anak2ku 100%.Apa yg mampu aku buat, tanyekan kerja sekolah dah buat belum n kalau tak faham aku ajarkan sambil aku tanda buku.Suruh buat extra exercise biaselah bdak2 kalau tak tunggu depan diaorag x dibuat so bila tgok kite selalu sibuk diaorg pu sibuk tengok TV. Heran jugaklah budak2 ni suka sangatlah tengok tv, padahal aku dan husband jarang tengok tv boleh dikatakan x pernah, ntah x minat dah sekarang. Kalau free aku prefer tidur. Husband pun same 24 hours dgn laptop atau membaca. Anak2 x ikut ibunye yg selalu dgn buku.
Doaku semoga segala jerih perih aku mengajar,kalau ada sekelumit keikhlasan dihati ini moga Allah balas dengan memudahkan anak2 ku dalam menuntut ilmu dan menjadikan mereka anak2 yg soleh dan solehah.
.................sekadar luahan rase seorang guru yg sentiase mahukan anak murid nye berjaya,wlaupun tidak di balas dengan ucapan terima kasih cikgu...Cukuplah Allah bagi ku.

Thursday, March 5, 2009

Kami kena marah..


Itulah yang berlaku dan merupakan 'Hari Ini Dalam Sejarah'.Ceritanye macam ni, selepas tamat sesi persekolahan iaitu pada pukul 2.15 petang telah diadakan taklimat pengurusan Bilik2 Khas di bilik mesyuarat.Taklimat diberi oleh PK kemudian kerana ada hal terpaksa keluar awal dan disambung oleh guru media(cuma melibatkan kekawan kerana pengetua dan PK2 tak da).So apabila guru media cakap"ok rasenye dah tak ade ape-ape lagi".So we all pun mulalah angkat punggung,yelah kalau taklimat tak perlulah adalah agenda penangguhan.Tiba2 ,entah angin ape,kawan kite yg baru bergelar guru kanan dengan suara menengking"cikgu2,taklimat belum tamat,jangan ada yang keluar, balik ketempat masing2.hormat sikit dengan majlis! ".Matanye dijegil macam nak terkeluar dengan isyarat tangan sekali.Sebijik macam dia tengking pelajar yang tak buat latihan or bising.Kami saling pandang memandang.Entah ape kena dia ni.Kawan sebelah aku berbisik,itu lah org gila kuasa namanye.Kawan ku yg sorang lagi berbisik, tak boleh ke cakap elok2, ingat kita ni siape nak di tengking2.PK kami yg terkenal dengan ketegasannya walaupun dia nak marah macam mane pun masih mampu mengawal emosinye.Dalam hati aku, kalau dia ni naik jadi PK ,hai....tensionlah cikgu cikgi.Padahal dulu sebelum jadi guru kanan,tak macam tu lagaknye.....
Moral of the story,manusia cepat berubah apabila di kurniakan pangkat, kemewahan.Mereka lupa yang satu mase dulu mereka pernah susah n pernah tension apabila berhadapan dengan ketua yg begitu cerewet n tak boleh bertolak ansur.Sepatutnye apabila kita pernah merasa susah n tension dulu dan sekarang sudah ada pangkat sikit,jgnlah buat org lain tension dgn kita pulak.
Jagalah hati sesama kita kerana kita bekerja bersama-sama di bawah satu bumbung. Kita perlukan bantuan kawan2 kita.Lidah itu lebih tajam dari pedang.Sekali terguris,susah nak sembuh...Moga Allah jauhkan sifat2 mazmudah dari diri aku.Moga diampunkan dosa ku,dan diampunkan juga dosa kawan ku itu.