Thursday, February 26, 2009

Aiiik, mana kening awak?

Peristiwa ini berlaku pada tahun lepas n aku x boleh lupe.masa tu minggu ujian .Aku kena mengawas ting 4 sains teras.Pelajarnye adalah bekas pelajar ku tahun lepas(aku ngajar form 3 every year).Tiba2 masuklah sorang pelajar pompuan yg lain macam mukanye.Aku pun terus sound, 'baru setahun cikgu x ngajor awak, dah hilang kening.Mana pergi kening awak?'.Pelajar tu malu2 n terus duduk.Aku pun apalagi terus berkhutbah"awak tahu tak ,cukur kening tu haram hukumnye.tau tak haram....'.Seorg pelajar lelaki menyampuk.Hai,cikgu ni dah macam ustazah aje.Aku pun ape lagi,pic suara ku tinggikan sikit.'Ape,awak ingat ustazah je yg boleh tegur.Tu kan tugas kita sesama islam saling ingat mengingatkan.Sampaikan, walaupun satu ayat.Walaupun ilmu agama cikgu tak tinggi mana,tapi apa yg patut cikgu tegur akan cikgu tegur'.Lepas tu sorg pelajar pompuan yg memang kepoh memintas cakap ku.'Alah cikgu, biaselah tu,cukur kening..dunia dah maju,zaman dah berubah....'Aku ape lagi 'Oooo...jadi awak ni tak takut dosa lah.Kalau awak mati macamana .Mati x kira usia ,awak tak takut ke ..?Dia jawab,'Alah cikgu.......kubur masing2.Aku terus hot,'sebab kubur masing2 lah cikgu tegur,Kalau kubur sekali awak kena seksa bolehlah jugak cikgu tolong awak'.Pelajar tu terus diam.
Aku sebenarnye kesian tengok budak2 sekarang.Aku rase nak salahkan diorang 100% x boleh jugak.Sebenarnye peranan ibu bapa yg penting.Bayangkan kalau ibubapa tak sembahyang dah tentu anak tak sembahyang(aku selalu tanye pelajar...)Anak buat balik lelaki sebab mak pun bawak balik lelaki(mak nye janda).
Aku teruskan khutbah aku,waulaupun mase tu ujian(kalau Pen.Kanan (PK) aku nampak mati... tapi x pe ,pelajar2 ni bukannye jawab pun,diorang termenung n tidur)'Awak ni kan umpama kuih baulu.Acuan kuih baulu itu adalah umpama ibubapa awak,persekitaran n kawan2 awak.Kalau acuan itu cantik, maka cantiklah keluar baulunye.kalau acuan tak cantik,contoh acuan(ibubapa) yg sumbing or rosak krn terkena sesuatu contoh bahang api yg panas(persekitaran),maka terhasil lah kuih baulu yg tak macam kuih baulu yg kurang dari segi kualitinye.Maksudnye awak jadi macam ni disebabkan oleh persekitaran awak dibesarkan.'Aku tengok muka diorang selambe je,x de feeling.Mungkin hati dah berkarat kot...
Sebenarnye ini semua adalah hidayah Allah.Aku patut bersyukur krn berada dikalangan org yg dipilih Allah.Perjalanan hidup ku nampak mcm terarah sahaja.Aku dibesarkan oleh kedua ibubapa yg amal agama. Di sebuah kampung yg amat bahagia dipinggir bandar K.Terengganu yg bernama Pulau Bahagia.Semasa aku belajar kat U,hati aku tergerak hendak memakai tudung labuh n memakai stokin.Reason nye sebab aku nak jadi baik.Bila pakai tudung labuh ni malulah kalau buat pekara yg x senonoh.Aku ambik course engineering yg mana pelajar perempuan hanya 10 org,berbanding pelajar lelaki yg lebih 80 org.Geng2 perempuan aku semuanye stail pakaian jeans n t shirt kalau keluar hujung minggu. Port kami biasenye jalan TAR or Lot Ten.Kat U jugak aku join usrah.Bukan ape,sebagai pendinding,sebab perempuan kalau tak dengar peringatan agama or quran n hadis selama 40 hari hatinye akan menjadi keras) Member2 kalau keluar ngan aku,diorag x kan tengok wayang sbb tahu seumur hidupku aku x pernah jejak kaki kt panggung wayang.Masa kat U, aku x de pak we(org x berani nak approach kot sbb tengok penampilan ku).Aku jumpa dgn husband pun masa kt U,final year.Tu pun x cintan cinton,terus tunang(Bercinta lepas kahwin sampai sekarang).Aku berkenan kt my husband sebb penampilannye yg boleh dikatakan warak.Senang cakap aku pilihnye krn agamanye.Aku x jadi engineer pun sbb rase x ngam ngan jiwa ku.Aturan Allah itu amat cantik, aku ambik course ni sebagai jambatan pertemuan ku dgn husband.
Aku kena didik anak2 ku agar mereka terarah kejalan yg betul dengan hidayah Mu jua.Sebenarnye banyak kebaikan yg Allah bagi pada ku,tapi aku masih kurang bersyukur.Banyak buat dosa.Ya Allah,ampunkan aku.....

Wednesday, February 25, 2009

Oh ! tidak,what happened to me.....

Aku sebenarnye terkena tempias suami ku ,ketagih untuk berblogger.Banyak kerja sebenarnye ni..Kertas ujian satu beg penuh aku letak tepi dinding.Tadi kat sekolah dah plan nak tanda,sebab due nye 3 march.Lepas sembahyang magrib terpegang laptob suami sampai sekarang x boleh lepas..dah berebut dgn suami.My husband cakap,nampaknye kena beli laptop baru ni.....sajelah tuu..cari alasan konkrit utk beli laptop baru...Aku kate jangan membazir.Aku dah ada laptop sekolah.Buat ape banyak2.Macam juge handphone.Bila handphone aku lain macam aje,mulalah tukar jelah yg lain (means that aku ambik handphone seconhand my husbandlah and then dia tukar yg baru)seperti biasa, aku cakap tak payah , membazir(hasil didikan ma aku,aku menjadi seorang yang tidak suka membazir bukan kedekut)
Anak2 aku semuanye terbiar buat homework sendiri , yg kecik ku bagi kat bibik.Makan pun belum lagi ni.Oh...tidak, kenape dengan aku ni..
Dulu aku cukup tension dgn my husband yg 24 jam mengadap laptop.Dalam hati kalau boleh, aku nak potong2 laptop itu biar pecah 4.Tension tau tengok dia dgn laptopnye. sekarang aku berebut dgn my husband.Akulah yg menang. Tu sekarang dia tengok tv.
Barulah ku tahu sekarang penangan berbloggers ni,kat sekolah teringat2 je .Pantang tengok insiden kat sekolah,dah mula merangka bait2 ayat . kerja sekolah terbengkalai, anak2 terbiar n aku kelaparan sekang.(dah pukul 10) ni semua kerana terikut2 my husband n my sister kat melaka.

Friday, February 20, 2009

Fuuh...Lega, sukan dah habis

Kejohanan olahraga atau hari sukan merupakan aktiviti wajib sekolah ,biasanye akan diadakan pada bulan 2.Bagi cikgu2 ia merupakan hari-hari yg memenatkan yg terpaksa dilalui. Bermula januari hingga febuari guru2 akan stay back sampai petang untuk melatih pelajar.Melayan kerenah pelajar yg perlu dipaksa untuk menyertai acara, melayan kerenah guru yg macam2 peel membuatkan kadang2 hati bengkak .Masa nilah dikalangan guru satu pasukan kita boleh lihat ada cikgu yg tak cukup tangan(biasanye pengurus pasukan),yg riba tangan(buat bodoh je...),yg cuci tangan(tunjuk muka pada hari sukan je), yg lepas tangan(sepatutnye jadi pengadil lorong tapi boleh lepak kat bawah khemah...).
Menjelang hari sukan, cikgu2 terpaksa menghias khemah.Mintak tolong pelajar(aku pergi dari kelas ke kelas cari pelajar,ramai yg sanggup).Yg muncul hanya beberapa orang.Terpaksalah aku n kekawan dibantu beberapa pelajar menghias khemah.Pukul 7 petang masih x siap, tapi terpaksa balik nanti bising my husband.(kebetulan suami ke Terengganu selama 3 hari n balik hari ni).Sampai rumah, suami cakap lapar ,anak2 pun sama.Biasanye aku siap masak pukul 5.30 balik dari sekolah.Ada bibik tak pandai masak.Aku cakap ngan suami ,makan kat kedai lah x larat nak masak.Ditambah lagi aku tension sangat2 kerana hari ni aku dah buat mistake n bila sedar dah last minute.Aku tersilap check medal untu kejohanan hari esok.Sepatutnya acara 4x200 tapi yg di order 4x400m, n aku org yg bertanggungjawab untuk double check ,entah pening makan apa x perasan kesilapan tersebut.Kawan aku yg tersedar,tu pun last minute,esok dah nak mula.Nasib baik PK KOKo aku sporting dia call supplier tu n mintak ditukar dan hantar kerumahnya malam tu jugak.Walaupun masalah dah settle, tapi aku tension sbb kesilapan yg x patut berlaku.Pengajaran buat ku
Malam tu suami ku order air kelapa.Apa lagi aku tumpang sekaki.Esok pagi hari sukan kaki n paha ku berat semacam macam baru lepas lari 100m.Ni mesti penangan air kelapa semalam.Kejohanan berjalan lancar n rumah pasukan kami,Keruing muncul sebagai juara.Acara tamat pukul 2 petang.Puuh... lega.
Hari sabtu 28.2 ni akan diadakan larian D'Alam sebagai penutup acara wajib KOKO.Hari tu..barulah betul2 lega.Tutup bab sukan,masuk pula bab kurikulum dengan kelas tambahan dan bermacam2 program bagi peningkatan akademik.
Itulah suka duka,pahit manis,warna warni kehidupan guru.Kalau x de pahit , hambarlah pulak..Seronok jadi cikgu ni...Biaselah tension tu...Disinilah tempat kuluahkan perasaan selain suamiku yg sentiasa menjadi pendengar yg setia....

Pengetua bersama Pegurus Kanan Seri Alam Properties dan YDP PIBG

Permandangan di khemah urusetia



2 teachers quit...

Dengan bilangan pelajar 1 ribu sekolah ku memerlukan 60 orang guru. Malangnye sekarng guru cuma ada 47 org. So banyak kelas x ada guru. Jadi kami2 ini lah yang terpaksa masuk kelas,ganti (relief).Cikgu2 memang bengang kalau dapat relief ni. Ye lah ,kita dah ade jadual sendiri, terpaksa tambah dengan jadual orang lain.Tu bengang tu. X da masa nak melepaskan penat.
2 minggu lepas sekolah menerima ramai guru sandaran,10 orang lebih. Cikgu2 semua tersenyum lebar, yea lah no more relief class. Aku tengok cikgu sandaran ni semput semacam je.Banyak kerja yang kena buat. Bukan setakat ngajar aje,pengurusan data murid n markah pelajar n pengurusan disiplin pelajar n pengurusan kelas n surat menyurat (surat amaran disiplin).
Berita yang kuterima 2 orang guru sandaran berhenti, seorang selepas 2 hari kerja yang sorang lagi kalau x silap 4 hari kerja. Alasan ,tak tahan dengan kerenah murid n bebanan tugas yang melambak. Siapa yang masuk alam perguruan sahaja yang tahu penat lelah seorang guru. Masayarakat luar masih dengan tanggapan kolot berdasarkan pengalaman mereka dulu. Dunia dah maju, zaman dan berubah, pelajar dah tak menghormati guru dan ibu bapa asyik menyalahkan guru. Mana tak pening.Kata penolong kanan sekolah ku,untuk menjadi guru perlukan ketahanan mental dan fizikal.
3 hari yang lepas, seorg ibubapa pelajar telah membuat report polis kerana seorang pelajar telah memaki hamun beliau kerana beliau menegur pelajar tersebut.Sikap hormat pada orang tua sudah hilang...Siapa yang harus di persalahkan. Wahai ibubapa diluar sana, bayangkan betapa sukar anda melayan kerenah anak2 yang cuma 2 or 3 org. Macamana kami seorang guru nak melayan kerenah 35 pelajar yg pelbagai kerenah dalam satu kelas. Mengajar pelajar yang hendak belajar sungguh mudah, tapi dunia dah berubah pelajar sudah tak minat belajar.Sungguh sukar hendak mengajar pelajar yang kurang ajar dan tak minat belajar.
Pelajar sekarang sudah hilang rasa hormat pada guru, sudah hilang minat untuk belajar.Rata2 mereka datang dari keluarga yang susah,yg tinggal di flat dan juga setinggan.Sembahyang langsung tak tahu.Kadang2 terpacul dari mulut cikgu "patutlah pelajar tu macam tu mak dia pun sebijik macam dia"(ada ibubapa islam yg datang kesekolah yang sekali pandang macam non muslim, bila dia bagi salam baru tahu ,oh....islam rupenye).Ye lah pakaian ngalahkan artis, manakan anak nye tak mengikut, mengalerkan rambut.
Kita sebagai ibubapa wajib memberi didikan agama kepada anak-anak agar mereka mempunyai ketahan terhadap pengaruh rakan sebaya.Agama itu sebagai pendinding.Sebagai contoh bekas pelajar aku.Aku juge pernah mengajar abangnye dan aku kenal dengan adik beradik dia yg lain dan juga dengan parent dia yg memang seorang muslim yg baik. Anak2 nye semua menyejukkan hati n anak murid ku itu pun baik budaknye.Sejuk hati cikgu.Tengoklah sape mak bapaknye. Aku tidak boleh melupekan seorg bekas ank murid ku seorang pelajar lelaki, cukup berbudi bahasa, senang cakap lelaki melayu terakhir, adik die lelaki juge pun same.Kagum betul aku dengan parent dia yg dapat mendidik anak dengan baik.Kalaulah semua parent macam tu amanlah dunia, senanglah kerja cikgu.........

Mengidam bubur jagung

Hujung minggu sempat aku sediakan
bubur jagung walaupun penat.
(setiap petang terlibat dengan latihan rumah sukan,
hari sabtu sekolah ganti,penat,penat.....)






Adik ipar ku datang dari KL mengidam nak makan
bubur jagung. Katanya dia tengok rakan office dia
makan,tu terliur.Kesian.....
Pagi ahad aku terus kepasar cari jagung n santan.
Resepi ma aku turun temurun.
Senang je masak dia, setengah jam siap.
Aku bab2 masak memang malas sikit.
Kesian anak2.

Berselera mak buyong menikmati bubur jagung.
3 kali tambah.

Khadeeja makan dengan berselera.Maklumlah
ibu dia jarang masak bubur jagung.Kalau masak pun
bulan puase je..
Bukan susah pun nak sediakan, tapi tulah....
tak minat betul masak2 ni.
Rutin harian, masak lauk aje...
Jealouse jugak tengok kawan2 yg minat masak ni.
Macamana ye nak pupuk minat masak ni ye...
sebab malas mengatasi segala-galanye.





Friday, February 13, 2009

Happy besday to me.......

Tiba-tiba aje aku risau dengan peningkatan usia ku yg menginjak ke angka 37.kalau sebelum ni tak risau pun.Tapi sejak akhir2 ni aku asyik belek muka kat cermin, tengok kot2 dah ada kedut2.Ini semua rentetan peristiwa semasa pendaftaran sekolah agama anak2 ku.Guru kelas(umur dlm awal 20an) anak aku tu bahasa kan aku makcik.Buta ke apa...Tua sangat ke aku ni.Kalau budak2 sekolah panggil aku makcik takpe lah.Ni cikgu tu baya adik aku boleh panggil aku makcik.Ke sebb penampilan ku yg bertudung labuh n berjubah.Tapi aku memang tak boleh terima.Ditambah lagi suamiku selalu usik cakap "lelaki hensem ni jalan dgn makcik mana lah...".Walaupun dalam nada bergurau,tapi aku tetap take it serious.Jadi langkah pertama, aku mula makan supplement untuk menjaga kesihatan.Setiap pagi n malam bersusun kapsul vitamin yg ku telan. Dan aku pun mula berminat dengan produk2 kesihatan. Atas nasihat adikku, aku mula memakai bedak compact.Nilah first time aku pakai bedak compact seumur hidupku.Tu pun masa nak beli aku tanya adikku brand ape yg ok.Sebelum ni aku pakai bedak talkum baby johnson je.Pernah dulu adikku tegur,pakailah bedak compact biar muka tu berseri sikit.Tapi aku buat bodoh aje..malaslah.Tapi untuk aku pakai lipstic tu tak mungkin lah sebb aku ada prinsip aku sendiri (dosa maa...)Setakat pakai bedak tu boleh lah.Tapi dalam masa yg sama aku pun rase bersalah..ye lah sepatutnye aku risaukan iman aku yg lemah n amal yg sikit ni..dah 37 tahun hidup tapi bekalan masih sikit.Ya Allah, ampunilah hamba mu yg banyak dosa ini.....

Friday, February 6, 2009

Hari yang memenatkan...

Setiap hari khamis adalah hari latihan rumah sukan bagi pasukan Keruing.Latihan bermula pukul 3.30 - 5.30 petang.Penatnya....setiap hari balik lewat(pukul 4 or 5).Kerja tak pernah habis...rungutan biasa cikgu2 kat sini. Mengamuk lagilah suamiku..... balik kerja,perut lapar tapi makanan tak de.Ada bibik tak pandai masak.Terpaksalah jugak aku masak walaupun penat giler.....
Awal tahun memang tak kering tangan sibuknye,nak uruskan maklumat pelajar, persediaan untuk sukan ,latihan rumah sukan (pertengan Febuari).Kelas tambahan minggu depan dah mula dari pukul 2.30 hingga 3.30.Berat mata suamiku memandang berat lagi bahuku yang memikul.

Latihan kawad kaki pasukan St John bagi persediaan kejohanan olahraga

Pelajar sedang melakukan aktiviti pemanasan badan sebelum latihan dimulakan.Latihan pada hari ini lari 100m dan 200m.

Cikgu2 sempat berposing...

Bergambar bersama pelajar...

Yearly Lesson Plan for Mathematics Form 3 ...

Yearly Lesson Plan for Mathematics Form 3

Sekadar untuk berkongsi...
Bagi cikgu matematik tingkatan 3 tahun 2009...
Semoga bermenafaat...

Tekan Untuk Muat Turun

Wednesday, February 4, 2009

Mari Belajar

Hari ni aku mengajar tingkatan 2g kelas paling hujung.Kelas yang membuatkan guru2 semput melihatkan gelagat mereka yang malas belajar.Aku terpaksa jadi garang kalau tidak aku yang kena buli.Aku mengajar macam nak rak, tapi cuma beberapa ketul aje yang belajar.Ada yang tidur n ada yang termenung, ada yang berbual. Kalau dulu guru masuk kelas pelajar berdiri bagi salam,tapi tidak untuk pelajar sekarang.Guru masuk kelas dan arahkan pelajar supaya berdiri,kalau tak mereka takkan berdiri.nak berdiri malas,nak belajar lagilah malas.

Inilah pelajarku.......Disuruh keluarkan buku,mereka keluarkan buku.Diminta buat latihan,tidak mahu.Bosan...terus tidur.Dikejut,bangun kemudian tidur lagi.Kejut yg kat sini,yg kat belakang tidur,kejut yg kt belakang yg depan tidur..


3 pelajar kat depan ni aku aku paksa dia duduk depan.kalau duduk belakang memang tak belajar.Yang lain macam mesin potostat,salin soalan dan salin jawapan...

Aku kesian dengan ibu bapa mereka,bukannya orang senang.Anak2 datang sekolah menghabiskan masa sahaja.Guru beria2 mengajar,tapi mereka langsung tak memberi peluang dan ruang pada guru.sebagai manusia biasa kadang2 datang rasa kecewa dan berputus asa.Ya Allah Ikhlaskan hati ini......

Tuesday, February 3, 2009

Ayah...


Kita sebagai insan yang selalu lalai hendaklah sentiasa pesan memesan dengan kebenaran antara satu sama lain. Teringat semasa aku kecik, ayah selalu berpesan................Antara pesanan yang tersemat kuat dihatiku dan menjadi pegangan hidupku...
Ayah pesan, jangan ambil duit orang walaupun 10 sen kerana kata ayah disebabkan kita ambik duit 10 sen tu, Allah akan rugikan kita lebih besar nilainya dari 10 sen, mungkin Rm10 atau Rm100..............
Ayah pesan, kita sebagai anak kalau selalu tolong orang tuanya dengan ikhlas, belajar, Allah akan mudahkan dan cepat ilmu masuk dalam dada. Pesan ayah walaupun ringkas tapi memberi kesan yang mendalam buat diri ku. Kerana kalau kita ikhlas dan tulus memberi nasihat ia mampu menggegarkan hati seseorang. Terimakasih ayah............

Tanggungjawab

Inilah longgokan buku latihan pelajar2 ku yang harus ku tanda setiap minggu.Mengajar subjek metematik memang menyeronokkan, dalam kelas bagi latihan memang melambak biar pelajar faham and tak buat bising.

Tapi bila tiba bab tanda buku memang melemahkan semangat.dalam seminggu aku menanda 500 buah buku.Tu terpaksa bawak balik tanda kat rumah.Kalau tak nanti dalam kelas haru biru bila suruh pelajar keluarkan buku latihan,pelajar jawab "semua dah hantar cikgu".jawapan tu yang buat ku tension . "Sorrylah , cikgu tak sempat nak tanda".So terpaksalah kuatkan semangat menanda buku kadang2 terbabas sampai pukul 12 malam.Nak buat macamana dah tanggungjawab...